PADA 2 Disember lalu, Sinar Harian membongkar modus operandi kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
Berikut apa yang kita tahu tentang kartel daging import:
Kartel daging import terbongkar
Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang tersebut sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.
Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.
Jakim jelaskan hanya benar import daging rumah sembelih diluluskan veterinar
Berikutan pendedahan Sinar Harian itu, pada 5 Disember, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh memaklumkan pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim sahaja.
Mengulas isu tersebut, Abdul Aziz berkata daging dan produk daging yang diimport juga perlu pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
Menteri sahkan tiada daging babi
Akibat pendedahan itu, ramai yang meragui status halal daging itu dan timbul dakwaan bahawa terdapat daging babi yang dijual sebagai daging halal.
KPDNHEP memaklumkan pihak berkuasa tidak menemui sebarang daging babi di lokasi kejadian berkaitan kes kartel daging import haram di Johor, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pegawai penyiasat dalam proses mengumpul bukti-bukti, mengambil keterangan dan rakaman percakapan saksi-saksi berkaitan kes berkenaan.
Jelas beliau, siasatan dilakukan di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Gantung AP jika bersekongkol dengan kartel daging import haram palsu label halal
Pemegang Permit Import (AP) yang terbukti bersekongkol dengan kartel daging import haram akan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung lesen, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Buat masa ini, katanya siasatan berhubung kartel daging import haram itu termasuk sekiranya terdapat pemegang AP dan penjawat awam terlibat sedang dijalankan oleh pihak berwajib.
SPRM buka kertas siasatan
Berikutan pendedahan tentang kartel daging import, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.
Menurut sumber SPRM, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jakim jadi sasaran kemarahan
Selepas pendedahan Sinar Harian, semakin banyak media yang mendedahkan tentang kartel daging import hingga terdapat laporan daging daging kuda dan kanggaru diimport.
Malah terdapat laporan yang mengatakan sindiket ini telah beroperasi sejak 40 tahun lalu. Pendedahan ini menyebabkan pengguna kecewa dan marah dengan pihak berkuasa yang menyebabkan kartel daging import ini terus beroperasi sehingga ia didedahkan.
Jakim didakwa gagal menangani isu kartel daging tidak halal hingga ada yang mencadangkan agar jabatan itu perlu dirombak secara besar-besaran dengan melantik mereka yang kompeten, berkebolehan dan berintegriti.
Dewan Negara bahas usul isu daging haram
Pada 29 Disember, Dewan Negara membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata perkara itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(1) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.
Tiada daging kanggaru, kuda dan babi ditemui
KPDNHEP mengesahkan bahawa tiada daging kuda, kanggaru atau babi ditemui susulan rampasan di sebuah gudang di Senai pada awal bulan ini.
Ketika menggulung perbahasan usul berkait isu kartel daging haram di Dewan Negara pada Selasa, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid memaklumkan perkara itu diperoleh hasil laporan pensampelan yang dilakukan oleh Jabatan Kimia.
Penubuhan RCI berkaitan isu penyeludupan daging
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut.
Dalam satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata usaha dan hasrat yang murni ini telah dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
Senarai pengimport dikeluarkan awal Januari
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging halal di negara ini akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu.
Beliau, berkata bagaimanapun pihaknya mungkin terpaksa mengambil lebih masa kerana perbincangan lanjut bersama pihak lain masih dijalankan.
Astro Awani
Wed Dec 30 2020

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut. - Gambar hiasan

Pendidikan | Sektor pendidikan Sarawak tidak jumud - Roland Sagah
Sistem pendidikan di Malaysia kekal di takuk lama. Itu pengakuan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Namun bagi Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn negeri itu terkecuali. kata Roland, sektor pendidikan Sarawak tidak jumud.

PCDS 2030 | Buka peluang pekerjaan sepadan kemahiran belia
Sarawak berada di landasan tepat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam jangka masa panjang. Ia hasil strategi pembangunan pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang antara lain mengadaptasi transformasi digital dan memperkasakan peranan pusat kemahiran teknikal.

Kerjasama Pertahanan | Malaysia, Indonesia tandatangan MoU luaskan kerjasama pertahanan
Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan, yang merangkumi lima skop utama. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mou itu membabitkan perkongsian maklumat mengenai isu pertahanan, kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan ketenteraan dan pendidikan.

Telekomunikasi | MOCN percepatkan akses internet
Teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN) bakal mempercepatkan akses jaringan internet dan talian telefon ke kawasan pedalaman Sarawak. Melalui teknologi ini, syarikat Telko sedia ada hanya perlu memanfaatkan 600 menara yang sedang di bina di bawah Program Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) sebagai tapak pemancar.

Motivasi | APC beri suntikan semangat, martabatkan MARA
Penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang akan menjadi penanda aras dalam memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi. Menyempurnakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) mara 2021, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata ini juga akan beri peluang kepada individu meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya masing-masing.

Pelancong Kurang | Peniaga kraf menghitung hari gulung tikar
Berbeza situasinya di Sabah. Kekurangan pelancong yang datang ke negeri itu beri kesan besar kepada golongan peniaga kraftangan. Tinjauan di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, mendapati kebanyakan peniaga bimbang akan situasi ini kerana periuk nasi mereka bergantung kepada pelancong.

Kerjasama Strategik | LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Dan Pusaka Food Industry Sdn. Bhd. (PFI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk berasaskan tanaman itu.

Industri Pelancongan | Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Industri pelancongan Sarawak menunjukkan peningkatan 800 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini merangkumi ketibaan pelancong dan nilai resit pelancongan dalam negeri. Jumlah keseluruhan pelancong domestik dan antarabangsa turut menyumbang nilai resit pelancongan bernilai RM1.64 bilion. Perkembangan luar biasa itu disumbang daripada penganjuran berterusan acara pelancongan berskala besar di Sarawak.

'Saya sepatutnya berlakon dalam Top Gun bersama Tom Cruise' - Lewis Hamilton
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu bahawa dia sangat terdesak untuk mendapat watak dalam filem berkenaan.

UMNO cawangan Taman Kebun Teh terima sumbangan RM10,000 daripada Shahrir - Saksi
Shahrir adalah sumber utama untuk dapatkan bantuan apabila cawangan itu berdepan masalah kewangan, kata saksi.

Maqis tahan daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000
Maqis Selangor menahan sebuah kontena membawa daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000 di Pelabuhan Klang Utara, Shah Alam.

Kelulusan penyembelihan syarikat di Australia digantung serta-merta - Jakim
Keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jakim dengan pihak berkuasa Australia semalam.

RISDA tingkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan
RLSB akan meningkatkan pengeluaran daging lembu halal dari kadar tujuh peratus kepada 30 peratus pengeluaran daging dalam negara.

MAFI jamin bekalan daging mencukupi Ramadan dan Syawal ini
Sentiasa pantau untuk memastikan bekalan daging mencukupi bukan sahaja ketika perayaan malah untuk bekalan harian.

Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Kartel daging: PPIM dakwa sindiket masih aktif, guna M.O palsu pengisytiharan
PPIM mendakwa sindiket itu menggunakan modus operandi mengisytiharkan daging yang dibawa masuk sebagai barang lain.

Kartel daging: Proses pendaftaran syarikat perlu diperketatkan elak kecurian identiti - PPIM
Mengesan dan menangkap individu yang terlibat dalam syarikat dikaitkan dengan kartel daging adalah penyelesaian jangka pendek yang diambil pihjak berkuasa.

Daging import ke Sabah selamat, dipantau rapi JHEAINS
Sembilan syarikat yang terlibat dalam pengimportan daging halal ke Sabah sentiasa dipantau rapi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).