KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menegaskan penyiasatan berkualiti penting dalam usaha menangani isu-isu kartel dan rasuah termasuk melibatkan pendedahan yang dibuat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), semalam.
Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, sebanyak 500 buah syarikat di Malaysia sedang berada di bawah penelitian MyCC kerana didakwa membentuk kartel untuk memanipulasi projek tender kerajaan disifatkan sebagai amat serius.
Jelas beliau, strategi melibatkan pemilik syarikat berkahwin dengan beberapa isteri dan menggunakan nama mereka sebagai proksi memberikan impak negatif terhadap persaingan yang adil.
"Penipuan cara ini sama besarnya dengan ancaman rasuah.
"Tindakan MyCC memantau aktiviti kartel ini mesti disokong rakyat dan pasukan forensik pelbagai agensi yang pernah ditubuhkan perlu diaktifkan semula bagi mengekang segera masalah ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Jais berkata, strategi yang lebih ampuh diperlukan untuk menangani isu berkenaan.
Katanya, isu kartel melibatkan aspek yang kompleks dan memerlukan pemahaman mendalam daripada pelbagai perspektif.
Tegas beliau, kes-kes yang berulang kali dilaporkan mengenai kartel memanipulasi tender kerajaan adalah amat mengecewakan terutamanya ketika ramai rakyat sedang berdepan kegawatan ekonomi yang serius.
"Hanya tindakan yang cepat dan tegas untuk membanteras isu-isu ini dapat meredakan hati rakyat dan memupuk persekitaran perniagaan yang telus serta bertanggungjawab untuk kesejahteraan negara," katanya lagi.
Dalam pada itu, Jais berharap pasukan pakar forensik pelbagai agensi dapat mengesan dan memberikan impak besar dengan tindakan perundangan yang lebih tegas.
Selain itu, pasukan forensik terbabit juga perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk meningkatkan keberkesanan pencegahan dan tindakan yang tegas dapat dilakukan segera.
"Perlindungan kepada pemberi maklumat perlu diperkemaskan. Jaminan keselamatan kepada mereka akan merangsang lebih ramai individu untuk melaporkan aktiviti mencurigakan.
"Usaha ini adalah tanggungjawab bersama. Penglibatan awam dan program kesedaran berterusan tentang kepentingan integriti dapat membina tekanan yang positif untuk mencapai ketelusan dan pertanggungjawaban yang diinginkan," katanya.
Semalam Astro AWANI melaporkan lebih 500 syarikat kini berada di dalam 'radar' MyCC kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
Antara modus operandi adalah, ada pemililik syarikat sanggup berkahwin empat untuk membina empayar sendiri, yang membolehkan mereka menggunakan nama isteri dan saudara-mara yang dipercayai sebagai proksi.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 28 2023
Jais Abdul Karim berkata, 500 syarikat di Malaysia sedang berada di bawah penelitian MyCC kerana didakwa membentuk kartel untuk memanipulasi projek tender kerajaan disifatkan sebagai amat serius. - Foto/fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Kartel manipulasi projek tender kerajaan amat serius - MCW
Strategi melibatkan pemilik syarikat berkahwin dengan beberapa isteri dan menggunakan nama mereka sebagai proksi memberikan impak negatif terhadap persaingan yang adil.