awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Ketegasan Mourinho buat Ronaldo menangis
Muhyiddin tegas kekalkan perpaduan, kekuatan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kartel perolehan' TLDM: Dua lagi individu ditahan

Bernama
Bernama
13/02/2024
12:20 MYT
'Kartel perolehan' TLDM: Dua lagi individu ditahan
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 42 dan 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 4 petang tadi. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat, bagi membantu siasatan kes sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah Kem TLDM di negeri ini.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 42 dan 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 4 petang tadi.
Sumber memaklumkan, SPRM sebelum ini telah menahan tiga individu atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang 'kartel perolehan' kepada 13 syarikat pembekal, yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM, melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.
Sumber turut memaklumkan bahawa pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman," kata Azmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kartel perolehan
#TLDM
#siasatan kes
#dua individu ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan