awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karya seni guna bahasa kebangsaan kekal medium cintakan tanah air

Bernama
Bernama
11/08/2025
14:45 MYT
Karya seni guna bahasa kebangsaan kekal medium cintakan tanah air
Hazami berkata karya seperti Putera Gunung Tahan dan Jiwa Hamba yang ditulis sebelum kemerdekaan adalah contoh bagaimana seni digunakan sebagai wadah perjuangan menentang penjajahan dan membina kesedaran kebangsaan. - Gambar fail/Facebook DBP
KUALA LUMPUR: Penggunaan bahasa kebangsaan dalam karya seni seperti puisi, sajak dan lirik lagu terus memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat patriotik rakyat Malaysia, meskipun pendekatannya berubah mengikut peredaran zaman.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari berkata usaha memartabatkan bahasa Melayu menerusi seni bermula sejak sebelum kemerdekaan dan kekal relevan sebagai medium menyemai nilai cinta akan tanah air.
"Hasil seni hari ini lebih menjurus kepada pengisian makna kemerdekaan dengan membincangkan isu-isu negara merdeka, berbanding karya terdahulu yang fokus kepada perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajah.
"Kita lihat bagaimana lagu Malaysia MADANI nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza mampu menyemarakkan semangat perpaduan dan membentuk keharmonian, sama seperti lagu-lagu patriotik lain yang pernah dihasilkan," katanya dalam program Apa Khabar Malaysia bertajuk Bahasa Kebangsaan, Jiwa Bangsa Merdeka terbinan Bernama TV.
Hazami berkata karya seperti Putera Gunung Tahan dan Jiwa Hamba yang ditulis sebelum kemerdekaan adalah contoh bagaimana seni digunakan sebagai wadah perjuangan menentang penjajahan dan membina kesedaran kebangsaan.
"Karya seni yang dihasilkan oleh pejuang dahulu mahupun penggiat seni masa kini itu adalah usaha berterusan dalam melahirkan generasi yang mencintai tanah air," katanya.
Dalam pada itu, Hazami turut menyeru supaya penggunaan bahasa kebangsaan terus diperkukuh dalam pelbagai medium termasuk pengiklanan, penjenamaan serta penamaan tempat, jalan dan premis.
"Penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh mencerminkan identiti sesebuah negara. Oleh itu, amat wajar untuk memperkasakan kerana majoriti rakyat memahami bahasa Melayu.
"Media juga memainkan peranan penting dalam menjadi contoh penggunaan bahasa yang baik dan betul sekali gus menyerlahkan keindahan serta kekuatan bahasa kebangsaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#karya seni
#penamaan tempat
#wadah perjuangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan