KAJANG:Kementerian Alam Sekitar dan Air menyasarkan untuk membina 10,000 kilometer denai di tepi sungai sebagai kawasan rekreasi dan taman awam menjelang 2030 sebagai langkah pencegahan pencemaran di kawasan itu.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata di bawah program Denai Kebangsaan, KASA dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan rizab sungai untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai.
"Sejak usaha ini dimulakan pada 2020, sebanyak 42 denai telah dibangunkan meliputi jarak kira-kira 210 kilometer sebagai kawasan tempat beriadah dan banyak lagi kawasan akan dikenal pasti dengan sasaran 1,000 kilometer denai dibina setiap tahun hingga 2030," katanya kepada media selepas menerima kertas cadangan pelan induk Sungai Air Hitam daripada penduduk Kampung Dato' Abu Bakar Baginda di sini.
Katanya umum mengetahui terdapat rizab sungai yang menjadi kawasan petempatan haram, tempat pembuangan sampah serta dipenuhi dengan semak samun dan keadaan tersebut merupakan antara penyumbang kepada masalah pencemaran di Malaysia.
Menurutnya kewujudan denai di tepi sungai akan menggalakkan aktiviti seperti berjoging, berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat.
"Kehadiran orang ramai di kawasan tersebut akan menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa sampah sarap, di samping berpotensi menyumbang kepada ekopelancongan setempat," katanya.
Zaini berkata pembinaan kawasan rekreasi di tepi sungai secara tidak langsung akan menggalakkan penglibatan orang ramai, komuniti setempat, badan-badan korporat dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama memainkan peranan dari segi pengawasan, pemeliharaan dan pengindahan sungai di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

KASA dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan rizab sungai untuk dibangunkan. -Bernama
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

10 Berita Pilihan - (04 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Kerajaan peruntuk RM4.9 bilion tangani masalah banjir di Sabah - Tuan Ibrahim
Terdapat lebih kurang 40 projek besar yang akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkenaan.

KASA peruntuk RM100,000 elak hakisan tanah lebih serius di Kampung Pohon Celagi
Wang bantuan awal itu digunakan untuk membeli kanvas kalis air bagi menutup sepanjang 200 meter tebing sungai yang telah runtuh di lokasi kejadian.

KASA teliti permohonan RM1.7 bilion kerajaan Kelantan atasi masalah air
KASA akan memastikan masalah air di Kelantan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.

Kemusnahan Hutan Simpan Segari Melintang: KASA kesan 6 ketidakpatuhan EIA
Ia melibatkan kerja-kerja tanah dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2) yang telah diluluskan.

KASA sasar bina 10,000 km denai sungai sebagai kawasan rekreasi menjelang 2030
KASA dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan rizab sungai untuk dibangunkan.

Muat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir untuk ketahui maklumat terkini banjir
Orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing.

Ganjaran RM5,000 untuk pihak yang salurkan maklumat pencemaran Sg Selangor
Menurut Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ganjaran itu diberikan selaras dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021.

Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang
Bahan tercemar itu dipercayai dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium.

Sisa klinikal negara meningkat 20 peratus sejak COVID-19 melanda
Buangan sisa klinikal tersebut perlu dilupuskan di premis yang ditetapkan buangan terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Keputusan awal pencemaran Sungai Batang Benar dapati ia sebatian organik Dimethyl Disulfide - Exco
Keputusan awal analisis sampel yang diambil dari lokasi punca pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai, mendapati ia merupakan sebatian organik jenis 'Dimethyl Disulfide'.