ALOR GAJAH: Kasih dan sayang Norashikin Ahmad, 29, terhadap haiwan sememangnya tiada sempadan sehingga sanggup mewujudkan pusat perlindungan demi menyelamatkan ratusan haiwan terutama kucing serta anjing terbiar di sekitar Melaka.
Pengasas STAR Cat Shelter itu, yang terletak di Kampung Paku Kelemak di sini, berkata usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak adalah sebagai mengikut jejak langkah ayahnya Allahyarham Ahmad Saad.
"Ayah meninggal dunia pada 2012 dan ketika hayatnya, arwah memang sangat sayangkan haiwan. Mana-Mana haiwan sakit yang dia jumpa, akan dibawa balik untuk dirawat. Sejak kecil, saya lihat apa yang dia buat sehingga meresap ke dalam jiwa," katanya kepada pemberita di program Kongsi Rezeki-CSR Programme Helping Stray Shelter di sini pada Rabu.
Program yang dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid itu bertujuan memberi vaksin kepada kucing serta anjing jalanan di pusat perlindungan haiwan berkenaan dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia .
Norashikin berkata pusat perlindungan haiwan miliknya kini menempatkan hampir 100 ekor kucing dan 60 ekor anjing serta lima ekor monyet.
"Biasanya saya akan bawa balik kucing jalanan yang dijumpai dan bagi rawatan bersesuaian termasuk vaksin serta memandulkannya. Untuk rawatan, saya bertuah sebab ada ramai kenalan di seluruh negara yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan berkaitan haiwan bersedia memberi bantuan tanpa mengira masa," katanya.
Bercerita pengalaman menyelamatkan haiwan terbiar, beliau mengakui pelbagai kesukaran dan cabaran terpaksa dihadapi.
Paling tidak boleh dilupakan, kata Norashikin, ialah ketika misi menyelamatkan beberapa ekor kuda yang diabaikan.
"Setelah menerima aduan, kami ke tempat kuda tersebut dan memang sangat sedih melihat keadaan haiwan itu. Saya dan pasukan buat laporan kepada pihak polis serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Campur tangan ini berjaya menyelamatkan haiwan tersebut.
"Begitu juga dengan kes kami menyelamatkan seekor anjing yang dibakar individu tidak bertanggungjawab," katanya.
Biarpun terpaksa menanggung beban kewangan selain berdepan kekangan masa dan tenaga, Norashikin berkata beliau tidak akan sesekali berpatah balik dalam usaha menyelamatkan haiwan yang terbiar.
"Saya anggap apa yang saya lakukan ini sebagai niat sedekah pahala buat arwah ayah atas teladan yang ditunjukkan semasa hayatnya. Saya harap ibu bapa dapat semaikan pada anak-anak mereka perasaan sayang pada haiwan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
Mas Ermieyati (kanan) bersama Norashikin (kiri) meninjau kucing-kucing terbiar yang akan divaksin pada Program CSR Vaksinasi Kucing dan Anjing Terbiar di Star Cat Shelter dekat Kampung Paku, Kelemak, 9 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara
Pasangan itu didapati bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.
Cuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba
CUACA PANAS: HAIWAN JUGA BERISIKO KENA STROK HABA
Hotel kucing jadi rebutan menjelang cuti Aidilfitri
Ada yang membuka tempahan lebih awal dan penuh sebelum Ramadan lagi.
Gangguan emosi punca si pelaku zalim
Tambah Zhooriyati, emosi negatif yang terpendam merupakan pembunuh senyap dalam hidup seseorang.
Gangguan 'agenesis'... Kali pertama kucing tanpa jantina ditemui!
Keadaan yang dialami kucing bernama Hope itu disebut agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang.
China berjaya hasilkan serigala artik klon pertama di dunia
Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu merupakan satu peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.
10% wilayah Corrientes musnah dalam kebakaran hutan
Gabenor Corrientes, Gustavo Valdes, mengisytiharkan wilayah itu sebagai "zon bencana alam sekitar".
Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar
Usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ayahnya.
Pemain West Ham United, Zouma mohon maaf aniaya kucing peliharaan
Video tersebut menunjukkan Zouma menendang kucing itu yang berada di atas lantai dan menamparnya.