KUALA LUMPUR: Kaspersky yang merupakan sebuah syarikat keselamatan siber global menumpukan kepada pembangunan keselamatan blockchain bagi membantu memerangi jenayah mata wang kripto (penipuan dan scam).
Pengarah Urusan Kaspersky untuk Asia Pasifik Chris Connell berkata membangunkan keselamatan blockchain sentiasa menjadi antara keutamaan mereka memandangkan teknologi itu makin berkembang pesat.
"Keselamatan siber mata wang kripto pada masa ini masih di peringkat awal dan menjadi tugas kami untuk terus membangunkan produk kami bagi mencuba dan menyesuaikan diri dengan pasaran mata wang kripto yang sentiasa berubah," katanya kepada pemberita dalam temu bual di sini pada Rabu.
Beliau juga berkata teknologi digital boleh berubah dalam masa sejam tetapi adalah penting untuk memastikan seseorang itu melakukan perkara yang betul dan sesuai bagi menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan cepat atau sekurang-kurangnya cuba mendahului penjenayah siber.
"Oleh itu, ia (keselamatan siber mata wang kripto) adalah penting dan pastinya berada dalam radar kami," katanya, sambil menambah bahawa Kaspersky telah mematenkan teknologi blockchain untuk pemindahan data peribadi yang selamat pada 22 Februari, 2022.
Pakar-pakar Kaspersky memantau dengan teliti halaman pancingan data yang menyasarkan kepada pelabur kripto berpotensi serta fail berniat jahat yang diedarkan di bawah nama 20 dompet mata wang kripto paling popular, jelas Connell.
Beliau berkata sejak awal 2022, produk Kaspersky mengesan dan menghalang hampir 200,000 percubaan untuk mencuri mata wang digital pengguna dan perakuan ke dompet mereka melalui pancingan data.
Jumlah bilangan percubaan sedemikian hampir mencecah 50,000 pada April, iaitu separuh daripada petunjuk bagi suku pertama 2022, katanya.
Menurut Kaspersky, dompet kripto ialah sasaran utama untuk penipuan dan aktiviti yang berniat jahat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
KASPERSKY: Menjadi tugas kami untuk terus membangunkan produk kami bagi mencuba dan menyesuaikan diri dengan pasaran mata wang kripto yang sentiasa berubah. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Ancaman serangan siber di Malaysia terus meningkat - Kaspersky
Ancaman serangan siber di Malaysia dijangka terus meningkat pada 2024 membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dalam industri kewangan dan telekomunikasi, menurut firma keselamatan s
Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky
Industri peruncitan merekodkan jumlah serangan siber tertinggi di rantau Asia Pasifik sejak 24 bulan lepas, kata firma keselamatan global Kaspersky.
Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka
Saiz pasaran AI di Asia Pasifik dijangka berkembang empat kali ganda kepada AS$87.6 bilion (AS$1=RM4.64) menjelang 2028.
Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022 - Kaspersky
Semasa pandemik memuncak pada 2020, Kaspersky menghalang 10,200,817 serangan laman web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.
Malaysia antara 20 negara teratas sasaran mel hasad pada 2022 - Kaspersky
Malaysia di kedudukan ke-10 dalam kalangan 20 negara teratas sasaran mel hasad atau berniat jahat pada 2022, demikian menurut data Kaspersky.
Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky
Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian.
Malaysia antara lima negara APAC punyai e-mel berniat jahat tertinggi pada 2022 - Kaspersky
Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
Kaspersky: Malaysia catat ancaman siber yang rendah pada suku kedua 2022
Ancaman siber di Malaysia menunjukkan aliran penurunan, dengan 11 juta kes direkodkan pada suku kedua 2022 berbanding 28.9 juta pada suku kedua tahun lalu.
Kaspersky: Keselamatan blockchain halang jenayah mata wang kripto
Membangunkan keselamatan blockchain sentiasa menjadi antara keutamaan mereka memandangkan teknologi itu makin berkembang pesat.
Sistem pembayaran jadi sasaran utama cubaan 'phishing' di Malaysia - Kaspersky
Sistem pembayaran kekal menjadi medium yang paling disasarkan percubaan pancingan data kewangan atau 'phishing' di Malaysia.