awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam bongkar kegiatan edar rokok haram di tapak pembinaan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2022
00:30 MYT
Kastam bongkar kegiatan edar rokok haram di tapak pembinaan
Mohammad Hafiz (dua, kiri) menunjukkan kotak rokok yang dirampas. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Cubaan mengedar dan menjual rokok tidak sah bernilai RM80,581.04 di sebuah tapak projek pembinaan di Setia Alam di sini, berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan.
Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Mohammad Hafiz Ishak berkata, kegiatan itu terbongkar selepas serbuan dilakukan pada 20 April lalu, hasil risikan dan maklumat awam pada 5 Mac.
"Ketika serbuan, Kastam telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kabin berwarna biru, stor perniagaan dan sebuah kereta jenis pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang berada berhampiran sebuah premis perniagaan di kawasan tersebut.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai sejumlah 28,224 paket atau 556,608 batang rokok putih pelbagai jenama dan 14,870 paket atau 251,160 batang rokok kretek pelbagai jenama yang disyaki barang belum lulus Kastam dan Larangan Import yang bernilai RM80, 581.04," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, modus operandi digunakan suspek ialah menjadikan kawasan projek pembinaan yang menempatkan pekerja warga asing sebagai 'port' untuk mengedar rokok terbabit.
Tambahnya, hasil siasatan mendapati, rokok-rokok berkenaan akan diedarkan dengan menggunakan kenderaan 4WD dan dijual di pasaran dengan harga murah daripada harga sebenar.
Beliau berkata, kesemua barang eksibit termasuk sebuah 4WD yang ada di lokasi telah disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 dan dibawa balik ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
Jelasnya, cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM115,623.32 dan anggaran keseluruhan rampasan ialah RM140,581.04.
Disyorkan artikel ini: NGO Selangor bantah cadangan roboh Stadium Shah Alam Bantuan banjir: Orang Shah Alam sanggup beratur di MBSA lebih 2 jam Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Shah Alam baharu Rokok seludup memang murah tapi bahaya Bila rokok seludup jadi pilihan "Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Seksyen 74 (1) dan
Akta Cukai Jualan 2018, Seksyen 86 (1).
"JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/212223/BERITA/Semasa/Kastam-bongkar-kegiatan-edar-rokok-haram-di-tapak-pembinaan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#rokok haram
#tapak pembinaan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan