SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup 20.14 kilogram (kg) dadah dianggar bernilai RM1.2 juta yang disorokkan dalam satu bungkusan yang diikrarkan sebagai barangan perubatan pada 28 Ogos lepas di Pusat Mel dan Kurier Udara Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata pemeriksaan rapi terhadap bungkusan yang tiba pada 25 Ogos lepas dari Asia Tengah itu yang menggunakan alamat penerima palsu di Nilai, Negeri Sembilan itu, menemukan 20 bungkusan plastik bersalut kerajang aluminium mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis ketamin.
"Modus operandi adalah dengan cara menyembunyikan bahan dadah berbahaya dalam aluminium foil dan dimasukkan dalam kotak bagi mengaburi pihak berkuasa dan menganggap ia tidak dapat dikesan ketika diimbas mesin pengimbas," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sazali berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat namun siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan individu terlibat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sazali berkata setakat 31 Ogos lepas, sebanyak 74 kes dengan nilai rampasan RM13.4 juta serta enam tangkapan dilaksanakan JKDM di kawasan KLIA, dimana 71 kes daripadanya adalah di kawasan Pusat Mel dan Kurier Udara KLIA, dua di balai ketibaan manakala satu di 'ruang eksport'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad (dua, kanan) menunjukan dadah jenis ketamine bernilai RM1.2 juta pada sidang media di Kompleks Kastam Kargo hari ini. - Foto Bernama
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
2 warga India ditahan cuba seludup dadah bernilai RM717,000
Anggaran jumlah rampasan adalah RM717,000.
Warga Malaysia cuba seludup dadah di Sydney dijatuhi hukuman penjara 6 tahun
Seorang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup methamphetamine bernilai lebih A$1 juta melalui Lapangan Terbang Sydney dijatuhi hukuman penjara enam tahun.