PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2,159 kilogram (kg) yang disyaki diseludup dari negara jiran di Kampung Padang Pakt Amat, Pasir Puteh, semalam.
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata bertindak atas maklumat awam dan pemantauan rapi, pasukan operasi daripada Bahagian Penguatkuasaan Rantau Panjang menahan sebuah lori muatan tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam serbuan jam 9.50 malam itu.
Bagaimanapun, katanya, pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Katanya, rampasan mercun dan bunga api bernilai RM35,631.75 itu dipercayai untuk dihantar ke Lembah Klang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
"Siasatan masih terus dijalankan bagi mengesan pemilik lori dan pacuan empat roda yang telah dirampas," katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam berkata modus operandi sindiket terbabit menggunakan kenderaan lebih kecil untuk mengangkut bekalan dari kawasan sekitar sempadan untuk dibawa ke lokasi tersebut sebelum dipindahkan ke dalam lori untuk tujuan penghantaran ke Lembah Klang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000.00 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000.00 yang mana lebih besar, atau penjara tidak melebihi lima tahun ataukedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Mercun dan bunga api bernilai RM35,631.75 itu dipercayai untuk dihantar ke Lembah Klang sempena sambutan Tahun Baharu Cina. - Gambar hiasan
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Pegawai kanan Kastam didakwa tidak serah rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan
Seorang pegawai kanan JKDM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Perhilitan.
Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan sindiket pengedaran rokok dan bir tidak sah dianggarkan bernilai lebih RM600,000.
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
Kastam rampas 154 kg methaphetamine, empat lelaki ditahan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 154 kilogram methaphetamine bernilai RM5 juta dan menahan empat lelaki warga tempatan di tiga lokasi pada 14 Mei lepas.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Kastam rampas Range Rover bernilai hampir RM2 juta tiada AP
JKDM Zon Tengah menyita sebuah kereta mewah jenis Land Rover Range Rover SV Auto yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.