awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut

Agensi
Agensi
27/12/2025
22:30 MYT
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Ronaldo kini berkongsi kedudukan teratas carta penjaring bersama rakan sepasukan Joao Felix yang mengesahkan kemenangan dengan gol lewat pada masa tambahan separuh masa kedua.
RIYADH: Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika membantu Al Nassr menewaskan Al Okhdood 3-0 pada Sabtu, sekali gus mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dalam Liga Pro Saudi memenangi 10 perlawanan pembukaan musim, rekod baharu yang mengekalkan permulaan sempurna mereka.
Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-31 hasil penyudah jarak dekat selepas sepakan sudut, sebelum menambah gol kedua dengan aksi backheel menarik pada masa kecederaan babak pertama, menjadikan jumlah jaringannya musim ini kepada 12 gol.
Penyerang Portugal itu kini berkongsi kedudukan teratas carta penjaring bersama rakan sepasukan Joao Felix yang mengesahkan kemenangan dengan gol lewat pada masa tambahan separuh masa kedua.
Kemenangan itu mengekalkan Al Nassr di tangga teratas liga dengan 30 mata daripada 10 perlawanan, empat mata mengatasi pencabar terdekat, Al Hilal.
Dengan 10 kemenangan berturut-turut, Al Nassr memecahkan rekod terdahulu sembilan kemenangan yang dipegang Al Hilal pada musim 2018-2019 di bawah jurulatih Portugal, Jorge Jesus – yang kini membimbing Al Nassr.
Ronaldo turut hampir mencatat hatrik namun gol ketiganya dibatalkan kerana offside pada minit ke-65.
Perlawanan ini berlangsung selepas liga disambung semula berikutan kejohanan Piala Arab di Qatar awal bulan ini, yang dimenangi Maghribi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Liga Pro Saudi
#Cristiano Ronaldo
#Al Nassr
#rekod baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan