awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam perkenal perisian komputer kepada peniaga berdaftar untuk pantau GST

Bernama
Bernama
01/01/2014
11:22 MYT
Kastam perkenal perisian komputer kepada peniaga berdaftar untuk pantau GST
Ketua Pengarah Kastam Datuk Khazali Ahmad.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan memperkenalkan perisian komputer khusus untuk memantau serta memudahkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata sistem tersebut yang dikenali sebagai MyGST sedang diuji untuk kelancaran dan kestabilan sebelum diedarkan kepada kira-kira 300,000 peniaga berdaftar di seluruh negara.
"Sistem baharu itu yang akan mengurustadbir sistem percukaian GST, dibina dengan kos kira-kira RM100 juta.
"Jumlah pelesen (peniaga) ini satu bilangan yang besar, jadi kita kena pastikan sistem yang ada, mampu untuk mendaftar peniaga yang begitu ramai di dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di Taman Perumahan Kastam Pengkalan Kubor di sini, Rabu.
Khazali berkata kerajaan juga menyediakan subsidi kepada peniaga berdaftar untuk mendapatkan sistem komputer berkenaan, bagaimanapun jumlahnya masih belum diputuskan.
"Sistem MyGST itu ditadbir urus oleh Kastam, cuma pelesen-pelesen, kerajaan akan beri subsidi untuk beli perisian perakaunan, yang sesuai dengan sistem GST itu dan latihan akan diberi kepada mereka.
"Jumlah untuk subsidi belum diterima, tapi peruntukan untuk subsidi telah diumum oleh kerajaan pada bajet tahun lepas. Harga perisian tersebut juga belum ditetapkan lagi," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas berkata cukai tunggal GST pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus. GST akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015.
Dalam perkembangan lain, Khazali berkata jabatan itu berjaya mengutip hasil sebanyak RM33.1 bilion pada tahun lepas, meningkat 2.38 peratus berbanding 2012.
Selain itu, Kastam berjaya merampas dadah seberat 1.6 tan bernilai RM114 juta pada tahun lepas di pelbagai tempat yang dikawal selia oleh jabatan tersebut.
Mengulas mengenai letupan mercun di Stor Penguatkuasaan Kastam di Pengkalan Kubor pada bulan lepas, Khazali berkata pihaknya telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan perkara itu telah disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Tidak ada pelanggaran syarat dilakukan anggota kita. Kita telah merendam mercun yang akan dilupuskan itu dalam air selama sebulan. Bila nak angkat dan musnahkan di mesin pemusnah, tiba-tiba ia meletup. Itu adalah di luar kemampuan kita," katanya.
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#Kastam Diraja Malaysia
#KDRM
#MyGST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan