MALAYSIA
Kastam Pulau Pinang rampas vape, cecair vape bernilai RM5.17 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 86,086 unit peranti vape dan 996.5 liter cecair vape bernilai RM5.17 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan pada April lalu. -Gambar fail/Freepik
BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik atau vape dan 996.5 liter cecair vape bernilai RM5.17 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berbeza pada April lepas.
Ringkasan AI
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 86,086 unit peranti vape dan 996.5 liter cecair vape bernilai RM5.17 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan pada April lalu.
- Serbuan pertama di Pelabuhan Butterworth Utara pada 3 April menemui 14,200 unit peranti dan 210 liter cecair vape yang tidak diisytiharkan, membawa kepada penahanan dua lelaki termasuk seorang warga China.
- Serbuan kedua di Pelabuhan Klang pada 10 April merampas 71,886 unit peranti dan 786.5 liter cecair vape, dengan seorang lelaki tempatan ditahan; kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.
"Hasil pemeriksaan menemukan 14,200 unit peranti rokok elektronik dan 210 cecair vape tidak diikrarkan semasa pengimportan bersama-sama barang dagangan lain dianggarkan bernilai RM1.33 juta dengan jumlah duti RM205,400.
"Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ejen dan seorang lelaki warganegara China berusia lingkungan 30-an yang mengaku sebagai pengeksport barang dagangan tersebut telah ditahan.
"Ini merupakan kes pertama di Pulau Pinang tahun ini yang menghasilkan tangkapan berkaitan rampasan vape," katanya dalam sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, di sini, hari ini.
Rohaizad berkata siasatan pihaknya mendapati kontena tersebut diisytiharkan mengandungi barangan plastik, namun vape dan cecairnya tidak diisytiharkan dan diletakkan bersama barangan lain dalam kontena itu.
Dalam serbuan kedua pada pukul 11 pagi, 10 April lepas, sebanyak 71,886 unit peranti rokok elektronik dan 786.5 liter cecair vape bernilai RM3.64 juta termasuk cukai dirampas hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari China yang berlabuh di Pelabuhan Klang.
Beliau berkata serbuan turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang berperanan sebagai ejen.
"Kontena ini diisytiharkan mengandungi tali pinggang dan dompet, namun pemeriksaan mendapati terdapat vape serta cecair vape yang tidak diisytiharkan bersama barang dagangan lain," katanya.
Siasatan lanjut ke atas kedua-dua kes berkenaan sedang dijalankan mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami