KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata dalam serbuan terhadap sebuah gudang berlesen di Jalan Pahang, Setapak di sini pada 24 Jun lepas, pihaknya telah merampas kereta mewah berkenaan dipercayai disimpan melebihi tempoh dibenarkan iaitu 48 bulan.
"Pihak pengimport dipercayai gagal mengikrarkan kenderaan yang masih belum dibayar cukai kepada JKDM," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata cukai terhadap kenderaan import perlu dijelaskan dalam tempoh empat tahun sebaik sahaja kenderaan tiba di pelabuhan namun terdapat pihak yang gagal berbuat demikian dan terus menyimpan kenderaan itu di gudang berlesen.
Kereta yang dirampas antaranya ialah Audi dan Mercedes-Benz dengan jumlah sitaan kenderaan dianggarkan bernilai RM1.2 juta manakala jumlah cukai dan duti import terlibat dianggarkan RM2.35 juta.
Sementara itu, Norlela berkata pihaknya mematahkan kegiatan pengedaran rokok seludup dalam serbuan terhadap sebuah rumah teres di Taman Shahzan, Kuantan, Pahang pada 13 Julai.
"Rokok berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunakan jalan tikus," katanya menambah hasil rampasan termasuk cukai dianggarkan bernilai lebih RM970,000.
Beliau berkata kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu mengimport dan mengeksport barang tidak berkastam atau larangan import di bawah Seksyen 135 (1)(a).
Norlela meminta orang ramai membantu Jabatan Kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi ketirisan hasil, tetapi juga turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Norlela menunjukkan sebahagian 16 kenderaan import yang disyaki tak berkastam disimpan melebihi tempoh di dalam gudang ketika sidang media di Kompleks Kastam WPKL hari ini. - Gambar Bernama

1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara
Sebanyak 1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan PDRM di sekitar ibu negara, malam tadi.

OpenAI perkenal Codex - Agen AI dioptimasi untuk tugasan pengaturcaraan
OpenAI Perkenal Codex Agen AI Yang Dioptimasikan Untuk Tugasan Pengaturcaraan

Microsoft dakwa tiada bukti teknologinya digunakan Israel untuk serang Gaza
Kenyataan ini dikeluarkan selepas kecaman terhadap kontrak $133 juta Microsoft dengan Israel.

Elisya Sandha selamat lahirkan anak kedua, beri nama ‘Bahtera Elhaq’
Perkongsian tersebut turut memaparkan gambar pertama Elisya bersama bayinya di wad bersalin.

Gempa bumi sederhana landa Panay, Filipina
Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia akibat gempa ini.

Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya - Fadillah
Projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu.

Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas presiden Morales
Bagaimanapun, Hassenteufel menjelaskan kebenaran untuk Morales bertanding akan bergantung pada penilaian berikutnya oleh TSE.

Israel lancar serangan ke atas dua pelabuhan di Yaman
Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah menjatuhkan lebih 30 peluru berpandu ke atas sasaran di kedua-dua pelabuhan tersebut.

APMM tumpas cubaan seludup 425kg minyak masak di Sandakan
APMM menggagalkan cubaan menyeludup 425 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dalam operasi di perairan berdekatan Kampung Sundang Laut.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termasuk beras, bernilai lebih RM700,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup pelbagai komoditi antaranya beras, bernilai RM772,819 termasuk duti dan cukai pada Mac lepas.

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah dalam kotak makanan ringan
JKDM Sarawak menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat 10.1 kilogram dianggarkan bernilai RM347,200 yang disembunyikan di dalam kotak bersama makanan ringan.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kastam Perlis gagalkan cubaan seludup 363 kg dadah bernilai RM11.6 juta
JKDM Perlis menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 363 kg bernilai RM11,616,000 semasa melakukan rondaan laut di kawasan perairan Kuala Perlis dekat sini Isnin lepas.

Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernilai RM210 juta
Jabatan Kastam menggagalkan cubaan menyeludup masuk pil captagon dianggar bernilai RM210 juta dalam serbuan di Pelabuhan Barat.

Kastam gagalkan cubaan edar dadah bernilai lebih RM1.86 juta
Pengedaran dadah itu menggunakan pelbagai modus operandi termasuk bungkusan berisi pes tomyam disi dengan ganja.

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.