awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena

Bernama
Bernama
19/11/2024
06:15 MYT
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Siasatan ketika ini tertumpu kepada mengenal pasti pengimport rokok berkenaan yang dipercayai dari negara Asia Selatan untuk pasaran tempatan. - Gambar hiasan
DENGKIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada 12 Nov lepas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha berkata secara keseluruhan rampasan itu bernilai RM785,117 dengan anggaran cukai RM5.61 juta.
Beliau berkata operasi kira-kira 11 pagi itu melibatkan pemeriksaan ke atas enam kontena yang membawa kepada penahanan seorang ejen perkapalan warga tempatan berusia 50-an.
"Siasatan awal ke atas dokumen, barangan dagangan ini diikrarkan sebagai produk pelbagai.
"Semasa serbuan, kami dapati bahagian hadapan kontena dipenuhi kotak makanan ringan, produk bijirin dan air minuman. Kami temui rokok-rokok ini di belakang kotak-kotak berkenaan yang bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Raizam berkata siasatan ketika ini tertumpu kepada mengenal pasti pengimport rokok berkenaan yang dipercayai dari negara Asia Selatan untuk pasaran tempatan.
"Siasatan kami turut mengesahkan rokok-rokok ini tidak mempunyai permit import," katanya.
Menurutnya, pengimportan rokok dan tembakau tertakluk kepada permit import yang digariskan dalam Butiran 66 Bahagian 1, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Zon Bebas 30(1) Akta Zon Bebas 1990 serta Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 atas kesalahan mengimport barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM
#kastam
#Pelabuhan Klang
#rokok seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan