KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta termasuk cukai, di sebuah stesen minyak berhampiran Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu, 23 Mei lepas.
Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan berkata operasi itu dijalankan oleh lapan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang pada 1.30 tengah hari selepas seminggu risikan.
Beliau berkata pemandu lori itu dipercayai dalam perjalanan dari Pantai Timur dan berhenti di lokasi tersebut untuk mengisi minyak.
"Setelah pemeriksaan dijalankan kami menemukan 2.1 juta batang rokok putih yang disyaki barang import berjenama U2 disimpan di dalam 210 kotak yang dibalut plastik berwarna kuning.
"Taktik yang digunakan oleh sindiket ini ialah menggunakan lori kanvas dan bergerak aktif pada waktu kemuncak bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JKDM Pahang Wan Apandi Wan Hassan.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai menggunakan laluan laut untuk menyeludup rokok berkenaan sebelum memuatkan barangan berkenaan ke dalam lori dan diedarkan di kawasan Pantai Barat.
Katanya pemandu lori warga tempatan berusia 36 tahun itu direman selama 14 hari hingga 6 Jun bagi membantu siasatan mengikut Akta Kastam 1967.
Sementara itu, Zazuli berkata orang ramai disaran membantu pihaknya dalam memerangai jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah, serta dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.
Orang ramai boleh memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Zazuli (dua, kanan) menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media berhubung kejayaan JKDM Pahang mematahkan aktiviti penyeludupan rokok di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah hari ini. - Foto Bernama
1.8 tan dadah jenis syabu dirampas di Filipina
Filipina berjaya merampas sebanyak 1.8 tan dadah jenis methamphetamine atau syabu dan menyifatkan rampasan berkenaan sebagai rekod terbesar dalam memerangi dadah di negara berkenaan.
20 terkoban di Sulawesi Selatan, SAR dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan tetapi pasukan itu masih berada di sana sekiranya ada lagi laporan orang hilang diterima daripada penduduk tempatan.
Enam terbunuh bot terbalik di Srinagar
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mengesan tiga lagi individu.
17 disahkan maut di Oman
Setakat ini sekurang-kurangnya 17 disahkan maut dalam kejadian banjir kilat yang disebabkan hujan lebat sejak Ahad.
Israel lancar 'serangan diplomatik' ke atas Iran
: Israel Katz telah menghubungi 32 negara bagi menyerus mereka untuk mengenakan sekatan terhadap Tehran.
Pelajar Malaysia di Asia Barat selamat, terkawal - KPT
Zambry berkata, para pelajar Malaysia boleh berhubung dengan pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memaklumkan perkembangan terkini mengenai keberadaan mereka.
[TERKINI] Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali normal 6 pagi Rabu
Susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku di perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada petang tadi, pihak Rapid Rail memaklumkan kekerapan LRT akan kembali beroperasi secara normal mulai jam 6.00 pagi esok (Rabu 17 April 2024).
Jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi dengan kekerapan
tren 3 minit pada waktu puncak dan 7 minit bagi waktu luar puncak.
Jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi dengan kekerapan
tren 3 minit pada waktu puncak dan 7 minit bagi waktu luar puncak.
Tumpuan Rabu - 17 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Projek rumah SASaR Sungai Besi siap lebih 65 peratus - Mohamed Khaled
Projek perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi sudah mencapai kemajuan sebanyak 65.51 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2025.
Sub kontraktor gagal laksana tugas
Beberapa aspek projek tersebut memerlukan tahap kepakaran tertentu dan ia akan mengambil sedikit masa sebelum memperoleh pengganti baru untuk mengambil alih bahagian projek berkenaan.
Kastam Kelantan rampas 1.86 juta batang rokok seludup di Gua Musang
Kastam Kelantan berjaya merampas sejumlah 1.86 juta batang rokok bernilai RM1.45 juta dalam serbuan di Gua Musang.
Kastam rampas rokok bernilai RM3.9 juta
JKDM merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 Sept lepas.
Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan rokok selepas menahan seorang pemandu lori dan merampas rokok bernilai lebih RM1.5 juta.
FRU, Unit Berkuda Bukit Aman rampas rokok seludup RM2 juta, tahan 2 lelaki
Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.
Kastam Thailand rampas 200,000 bungkus rokok dari Malaysia
Kastam Thailand merampas 200,000 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM2.2 juta dipercayai dari Malaysia, dalam satu operasi Khamis lepas.