BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah jenis heroin seberat 1.412 kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggar berjumlah RM132,375, Selasa lepas.
Pengarahnya Hamisan Kalip berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menyita satu kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung, dekat sini.
"Pemeriksaan awal terhadap bungkusan itu, pihak kastam mengesan serbuk putih disyaki dadah di dalam bekas tepung minuman suplemen dikenali sebagai 'Organic Meal Replacement' dan bungkusan tersebut dibawa ke Pejabat Kastam Kompleks Pencegahan Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
"Hasil siasatan menjumpai enam bekas tepung minuman suplemen produk keluaran tempatan yang mempunyai kandungannya disimpan di dalam sebuah kotak syarikat perkhidmatan penghantaran kurier untuk dieksport ke luar negara di benua Oceania," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hamisan berkata tiga daripada enam bekas tepung minuman suplemen yang diperiksa mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis heroin manakala selebihnya pula mengandungi serbuk berwarna krim yang tidak diketahui jenisnya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam tangkapan berasingan pada 8 Mei lepas pula, Hamisan berkata pihaknya menumpaskan penyeludupan kayu gaharu seberat 12.08kg disyaki tidak berkastam yang dianggar bernilai RM33,930 dan cukai berjumlah RM1,696.50 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Beliau berkata rampasan dilakukan hasil pemeriksaan pada 10.05 malam terhadap sebuah bagasi milik penumpang lelaki warga asing di Balai Ketibaan lapangan terbang itu.
"Siasatan mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu membawa masuk kepingan kayu tersebut bagi kegunaan ibadat dan dia dikompaun serta diarah membayar cukai terlibat. Barang dagangan dirampas dan dilucutkan hak untuk pelupusan," katanya dan menambah kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Hamisan (kanan) menunjukkan bahan disyaki dadah yang dibungkus di dalam bekas tepung minuman suplemen sewaktu sidang media JKDM Pulau Pinang hari ini. - Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.
JKDM rampas 105kg dadah bernilai RM3.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 105 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.3 juta yang diisytiharkan sebagai teh herba Cina pada 15 Okt lepas.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas
Op Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi.