KOTA BHARU: Demi kelangsungan hidup, seorang pengumpul kasut vintaj di sini terpaksa melelong sepasang kasut Converse berusia 104 tahun miliknya, dan tidak menduga menerima bidaan tujuh individu yang berminat memiliki kasut edisi pertama tersebut dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas dimuat naik ke laman media sosial.
Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, 31, berkata seorang daripada pembida tersebut, iaitu seorang lelaki dari Pahang, bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM40,800, dan mereka menyelesaikan urus niaga semalam.
"Saya turut bersetuju memberikan tiga pasang kasut Converse yang dikeluarkan pada 1950, 1960 dan 1970 sebagai hadiah.
"Saya difahamkan beliau (pembida berjaya) juga seorang pengumpul barangan antik," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jambu, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Wan Irfayuim Azim berkata kasut yang dijual untuk dijadikan koleksi itu lengkap dengan sepasang seluar pendek yang dikeluarkan pada 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang.
Menyingkap sejarah kasut Converse tertua di dunia itu, lelaki berkenaan berkata beliau membeli kasut tersebut pada 2018 daripada sepasang suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat.
"Mereka menghubungi saya selepas melihat hantaran laman Facebook saya tentang sejarah kasut vintaj. Pasangan tersebut terdesak memerlukan wang untuk menampung kos rawatan anak mereka," jelasnya, menambah bahawa bagi pengumpul kasut vintaj, ia bukan sekadar kasut sebaliknya penyimpan sejarah.
Sehubungan itu beliau berharap pemilik baharu kasut berkenaan akan turut menghargai nilai tinggi kasut Converse Non Skid tersebut.
Menurutnya, beliau bertindak menjual kasut tersebut bagi kelangsungan hidup kerana tidak dapat kembali ke Jepun untuk bekerja dalam sektor pelancongan akibat penularan pandemik COVID-19.
Semalam, hantaran yang dimuat naik oleh Wan Irfayuim Azim berkenaan lelongan kasut itu tular menerusi Facebook dan menerima 7,000 perkongsian serta hampir 9,000 tanda suka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Wan Irfayuim Azim berkata kasut yang dijual untuk dijadikan koleksi itu lengkap dengan sepasang seluar pendek yang dikeluarkan pada 1916 berserta pelindung lutut pemain bola keranjang. - Gambar/ Bernama
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
Taubat, doa ibu bapa dan sedekah, asbab untuk bangkit semula - Mangsa banjir
Benarlah kata orang, hidup umpama roda, kadangkala di atas dan dalam sekelip mata, boleh terus berada di bawah sambil hati berdoa, berharap agar mampu naik semula.
Menjelang Syawal: Kasut 'bundle' raih permintaan tinggi
Kasut 'bundle' pilihan peminat tegar adalah yang dikategorikan sebagai 'vintage item' dan kebanyakannya sudah tidak dikeluarkan lagi.
Kasut Converse 104 tahun dijual pada harga RM40,800
Demi kelangsungan hidup, seorang pengumpul kasut vintaj di sini terpaksa melelong sepasang kasut Converse berusia 104 tahun miliknya.
Jumlah anak muda jual 'bundle' dalam talian meningkat semasa PKP
Pertambahan anak muda terbabit dalam perniagaan secara dalam talian di Kelantan memberangsangkan.
Ebby Yus "jockey live" jualan vintaj Suara Anak Cokit
Facebook Suara Anak Cokit menggerakkan komuniti peniaga kecil Melayu meneroka potensi bisnes atas talian.