DUNIA
41 terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat IRGC di utara Iran

Kain rentang memaparkan gambar Allahyarham Komander Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami, di Tehran pada 14 Jun 2025. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di utara wilayah Alborz, menurut pengumuman kumpulan itu pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat IRGC di Alborz, termasuk orang awam dan anggota tentera kerahan.
- Konflik antara Israel dan Iran bermula pada 13 Jun, menyebabkan lebih 600 kematian dan ribuan cedera di Iran, sebelum Iran melancarkan serangan balas.
- Gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada 24 Jun, menghentikan konflik selama 12 hari antara kedua-dua negara.
Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara terhadap lokasi tentera, nuklear dan awam Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Iran.
Tehran kemudiannya melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap Israel. Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada 24 Jun.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami