awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kata 'bodoh la polis', penghantar makanan didenda RM1,000

Bernama
Bernama
26/07/2019
08:57 MYT
Kata 'bodoh la polis', penghantar makanan didenda RM1,000
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Akibat melemparkan kata-kata 'bodoh la polis' kepada seorang anggota polis, seorang penghantar makanan didenda RM1,000 atau penjara dua bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap Mahathir Mohd Zin, 38, selepas dia mengaku bersalah mengeluarkan perkataan tersebut yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan terhadap anggota polis, Mohd Norhisyam Mohamad Ashari.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Ampang menghala Hospital Gleneagles, Wangsa Maju pada 10.10 pagi, 23 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal.
Mahathir yang diwakili peguam Hasmah Nordin memohon denda paling minimum kerana anak guamnya mempunyai pendapatan tidak tetap dan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bodoh
#Mahathir Mohd Zin
#mengaibkan kehormatan
#mengganggu kesantunan
#Mohd Norhisyam Mohamad Ashari
#penghantar makanan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan