awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Katil di ICU COVID-19 di Sarawak tidak mencukupi

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
17/05/2021
11:38 MYT
Katil di ICU COVID-19 di Sarawak tidak mencukupi
Sistem penjagaan kesihatan ketika ini pada tahap kritikal kerana situasi dihadapi sekarang sangat berbeza berbanding tahun lepas.
KUCHING: Hospital kerajaan di Sarawak kini berada dalam keadaan kritikal susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 setiap hari.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata, katil di unit rawatan rapi (ICU) di semua hospital kerajaan di seluruh Sarawak juga penuh.
Katanya, para doktor bertungkus lumus setiap hari untuk menukar alat bantuan pernafasan atau katil-katil di ICU bagi memastikan pesakit COVID-19 yang seterusnya dapat dirawat.
Jumlah alat bantuan pernafasan di empat hospital utama juga tidak mencukupi.
"Situasi COVID-19 di seluruh negara termasuk Sarawak sangat runcing. Kita ketika ini dalam krisis dan amat merayu kepada semua rakyat memainkan peranan mematuhi SOP COVID-19.
"Kita perlu memutuskan jangkitan COVID-19 dengan segera. Jika tidak 10 hingga 20 peratus kes positif COVID-19 perlu dimasukkan ke wad dan lima hingga 10 peratus akan memerlukan rawatan di ICU," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya sistem penjagaan kesihatan ketika ini pada tahap kritikal kerana situasi dihadapi sekarang sangat berbeza berbanding tahun lepas.
Dr Chin menjelaskan lanjut, Sarawak hanya terdapat 53 katil ICU di empat hospital utama kerajaan, dan ketika ini pihaknya mengendalikan 92 katil.
"Semuanya (92 katil) penuh, setiap katil akan digunakan sekurang-kurangnya 10 hari secara purata," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Hospital kerajaan Sarawak
#Dr Chin Zin Hing
#Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak
#Katil ICU Sarawak
#ICU
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan