GEORGE TOWN: Penduduk Pulau Pinang melahirkan kebimbangan mengenai penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi kes COVID-19 di hospital di negeri itu yang telah mencapai 100 peratus.
Meskipun terkejut dengan keadaan tersebut, namun, itulah hakikat yang perlu diterima selepas berlaku peningkatan kes di negeri itu sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun, mereka berharap masalah itu dapat diatasi segera pihak bertanggungjawab dan dalam masa sama menyeru kepada seluruh masyarakat Pulau Pinang untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.
“Sebenarnya, benda ini (COVID-19) bergantung kepada semua masyarakat untuk sama-sama menjaga SOP, bila SOP tak dijaga jadi macam ini (peningkatan kes), akan jadi masalah pada semua. Jadi harap-harap, kita jaga sama supaya kes dapat dikawal,” kata pekerja swasta, Hafizuddin Hamdan
Bagi Amirul Suhardi yang juga pelajar, perasaan bimbang dan takut wabak terus menular dirasakannya apabila melihat masyatakat mengabaikan SOP.
Rakyat Pulau Pinang juga, kata Penolong Pengarah Pemasaran, Mariana Omar, harus lebih sedar mengenai pandemik COVID-19 dan kekal berada di rumah sekiranya tiada keperluan di luar.
“Harap rakyat Pulau Pinang kekal di rumah jika tiada keperluan sebab katil tak cukup, kekurangan katil ini amat dibimbangkan sebanb kita sedia maklum ada warga emas yang berisiko tinggi, kita ikutlah SOP ditetapkan kerajaan,” kata Mariana.
Sementara itu, Nik Fazly pula mencadangkan kepada kerajaan agar membuka lebih banyak pusat kuarantin untuk menampung pesakit baharu.
“Bagaimanpun, apa yang penting ialah kita semua kena berdisiplin, ikut arahan kerajaan dan seterusnya kita dapat sama-sama mengatasi wabak COVID-19,” kata Nik Fazly yang juga seorang pegawai pemasaran.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini memaklumkan, penggunaan katil ICU bagi merawat pesakit COVID-19 di hospital awam telah mencapai 100 peratus susulan peningkatan kes positif wabak berkenaan sejak kebelakangan ini.
Selain itu, beliau berkata, kadar penggunaan fasiliti perubatan secara keseluruhannya juga telah melebihi 70 peratus bagi katil COVID-19 bukan ICU.
Sejumlah 1,682 kes positif COVID-19 dilaporkan di negeri itu sepanjang minggu ke-18 iaitu antara 2 Mei hingga 8 Mei lalu.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue May 11 2021
Rakyat Pulau Pinang bimbang dengan perkembangan terkini pandemik COVID-19 dan mengharapkan semua pihak akan mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. - Gambar hiasan
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.