MALAYSIA
  
            Kaunselor perlu sejahterakan diri sebelum bantu klien - LKM
Ruhani berkata, dalam menghadapi era digital, kaunselor perlu memiliki sikap dan personaliti positif selain pengetahuan serta kemahiran yang relevan, bagi meningkatkan tahap kompetensi profesional. - Gambar Facebook Lembaga Kaunselor Malaysia
            
      KUALA LUMPUR: Para kaunselor perlu mengutamakan kesejahteraan diri, emosi dan spiritual serta dan kestabilan emosi sendiri, sebelum membantu klien mencapai kesejahteraan hidup, kata Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), Datin Dr Ruhani Mat Min.
Ruhani berkata, dalam menghadapi era digital, kaunselor perlu memiliki sikap dan personaliti positif selain pengetahuan serta kemahiran yang relevan, bagi meningkatkan tahap kompetensi profesional.
"Kajian scoping review 2025 menunjukkan dua elemen utama dalam kompetensi kaunselor ialah sikap dan personaliti, manakala pengetahuan dan kemahiran bertindak sebagai pelengkap kepada keberkesanan perkhidmatan kaunseling.
"Kita tidak dapat membantu orang lain jika kita tidak membantu diri kita sendiri dan bagaimana pula mahu membawa klien ke arah yang lebih baik jika diri kita tidak berada dalam keadaan yang baik?," katanya.
Ruhani berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk "Kaunseling Era Digital: Santuni Emosi, Sejahtera Insan" pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2025 di sini, pada Khamis.
Majlis dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Ruhani berkata, penyeliaan kaunseling, penting sebagai proses semak dan imbang bagi memastikan kesejahteraan emosi kaunselor dan yang akan memastikan keberkesanan intervensi terhadap klien.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya amalan penyeliaan diperluas kepada kaunselor bertauliah dan tidak terhad kepada pelajar universiti, memandangkan proses itu dapat membantu memperkukuh emosi, etika dan profesionalisme dalam kalangan kaunselor.
Mengulas cabaran semasa, Ruhani berkata, perkembangan teknologi komunikasi menuntut kaunselor agar lebih peka terhadap keselamatan data klien, jurang literasi digital dan kesahihan maklumat kerana jaringan sosial tanpa sempadan mendedahkan mereka kepada risiko kebocoran maklumat serta salah tafsir identiti profesional.
Beliau berkata, berdasarkan data Kajian National Health and Welfare Survey 2023, kira-kira satu juta atau 4.6 peratus rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami depresi, dengan golongan muda (16-29 tahun) paling terjejas akibat peningkatan kes buli, rogol dan keganasan di sekolah.
"Situasi ini menuntut kaunselor memainkan peranan penting memperkukuh perkhidmatan kaunseling, bukan hanya kepada klien tetapi juga kepada diri mereka sendiri," katanya.
Ruhani juga menggalakkan kaunselor memanfaatkan platform media sosial untuk menyebarkan emosi positif dan membina jaringan serta memperkukuh hubungan kemanusian, namun menegaskan hubungan fizikal tetap penting untuk mengekalkan kejujuran dan empat.
"Gunakan ruang digital secara kreatif, namun jangan abaikan hubungan secara bersemuka kerana di situlah lahirnya empati dan kejujuran," katanya.
-- BERNAMA