awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM

Bernama
Bernama
21/05/2024
13:25 MYT
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kasim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan terhadap bangunan kerajaan, kawasan tumpuan awam dan kemudahan penting diletakkan pada tahap tertinggi susulan beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini, kata Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Azmi Abu Kassim.
Menurut beliau pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam serta memberi jaminan keselamatan awam di negara ini berada pada tahap terbaik dan selamat.
Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah mengarahkan semua peringkat kepimpinan PDRM dan petugas di lapangan mengambil langkah komprehensif semasa menjalankan tugas dengan mematuhi pekeliling serta prosedur operasi standard yang ditetapkan.
"Masyarakat diseru agar terus bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan negara kepada pihak berkuasa, PDRM tidak akan bertolak ansur dengan anasir yang cuba mengancam keselamatan dan menggugat ketenteraman negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil tanpa mengira status dan latar belakang mereka yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#tumpuan awam
#bangunan kerajaan
#azmi abu kasim
#ancaman
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan