awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan masa penggunaan internet tidak disarankan untuk anak-anak, sebaliknya..

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
08/02/2021
03:47 MYT
Kawalan masa penggunaan internet tidak disarankan untuk anak-anak, sebaliknya..
Apa yang lebih penting untuk mendidik tentang penggunaan internet jelasnya, adalah penjelasan dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Kawalan masa penggunaan internet terhadap kanak-kanak tidak disarankan dilakukan oleh ibu bapa.
Menurut Ketua Unit Multimedia & Tarbiah Keselamatan Siber di MRM Malaysia, Aaron Ikram Mokhtar, ini kerana penggunaan gajet adalah komunikasi dua hala berbanding menonton televisyen, satu hala.
Apa yang lebih penting untuk mendidik tentang penggunaan internet jelasnya, adalah penjelasan dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak.
“Yang pertama kita tidak boleh kawal kegunaan mobile device seperti telefon pintar, komputer riba atau tablet seperti mana ibu bapa kawal masa tontonan televisyen.
"Ini kerana apabila kita menonton televisyen, ia adalah komunikasi satu hala tetapi penggunaan gajet ini adalah komunikasi dua hala.
“Jadi kalau nak kawal dari segi masa, kita takut dalam masa yang singkat, anak-anak ini akan berinteraksi dengan orang lain dan mendedahkan malumat peribadi. Apa yang lebih penting adalah cara berkomunikasi antara anak-anak dan ibu bapa.
“Ini untuk memastikan anak-anak ini selesa untuk berkongsi maklumat yang mereka terima dan bagaimana kita akan bertindak apabila mereka berhadapan dengan perkara yang kurang selesa seperti kandungan yang tidak senonoh dan sebagainya.
Penggunaan internet: Kawalan masa tidak disarankan untuk anak-anak. Sebaliknya...
Aaron mengulas jenayah siber yang berlaku di negara ini sempena Hari Keselamatan Internet Sedunia menerusi program AWANI Pagi hari ini.
Pada masa sama, Aaron menegaskan anak-anak tidak sepatutnya membawa gajet ke dalam bilik tidur terutamanya pada waktu malam, sebaliknya hanya meletakknya di ruang tamu.
AWANI Pagi: Hari Keselamatan Internet Sedunia
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#keselamatan
#telefon pintar
#Internet
#jenayah siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan