BUKIT KAYU HITAM:Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjangkakan operasi pemantauan dan kawalan di sempadan negara dapat dilaksanakan lebih berkesan dengan menggunakan aset dron secara lebih meluas.
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata selain dapat digerakkan dengan pantas pada bila-bila masa dan dapat memantau kawasan yang lebih luas, aset itu juga dilihat sangat penting dalam mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan sempadan.
Menurutnya pada masa ini ATM telah pun menggunakan aset itu untuk kawalan sempadan negara, namun bilangannya perlu ditambah supaya semua agensi keselamatan yang terlibat dapat menggunakannya.
"Kalau kita nak buat pengawasan, kawasan sempadan kita ini bukan rata, tetapi dipenuhi hutan dan berbukit-bukau, kalau kita nak 'deploy' (hantar) anggota kita di semua kawasan di daratan, ia akan mengambil masa dan ada kawasan yang kita tidak boleh sampai pun.
"Tapi dengan dron kita boleh melihat kawasan pada waktu siang atau malam, dan yang lebih penting ia senyap. Oleh yang demikian saya ingin menyeru supaya kita dapat tambahkan lagi aset-aset dron kita ini supaya lebih banyak lagi agensi boleh menggunakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan dron juga dapat mengurangkan kos operasi kawalan di sempadan terutama membabitkan atur gerak aset udara seperti pesawat yang memerlukan kos yang tinggi setiap kali digunakan.
Sementara itu merujuk kepada Ops Benteng di sempadan bahagian utara negara, Afendi berkata sejak Mei lepas, pelbagai jenis barangan seludup bernilai kira-kira RM58 juta telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa.
"Ini dengan keupayaan yang kita ada pada masa ini, saya percaya kalau kita dapat tambahkan lagi kita punya keupayaan dari segi pengawsan menggunakan dron, kejayaan lebih besar lagi mungkin kita dapat capai," katanya.
Ditanya, sama ada pihaknya telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan aset berkenaan, Affendi berkata perkara itu telah dikemukakan sewaktu Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) mula diwujudkan dahulu.
"Kita faham ia memerlukan peruntukkan, jadi kita akan sentiasa memohon supaya aset itu dapat disediakan secara berperingkat dari masa ke semasa, tapi apa yang saya tekankan ialah keperluan dron untuk operasi kawalan sempadan memang amat penting dan kritikal," katanya.
Terdahulu Affendi mengadakan lawatan ke kawasan sempadan negara di bawah Op Pagar 2 yang dikawal ATM, selain turut meninjau kawasan operasi di bawah seliaan Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020
Menurut Affendi, pada masa ini ATM telah pun menggunakan aset itu untuk kawalan sempadan negara, namun bilangannya perlu ditambah supaya semua agensi keselamatan yang terlibat dapat menggunakannya. - BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).