Hujan petir yang melanda sekitar bandaraya ibu kota khususnya pada waktu petang mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengalami banjir.

banjir2

Hujan petir yang melanda sekitar bandaraya ibu kota khususnya pada waktu petang mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengalami banjir.

Antara kawasan dilaporkan terjejas dengan takungan air melebihi paras sederhana ialah di Segambut Dalam, Segambut Bahagia, Bangsar, Serdang, Bangi.

Menurut penyandang calon DAP Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang berkunjung ke kawasan rumah kedai salah seorang mangsa di Segambut Dalam, sistem longkang yang tersumbat dan hujan yang berpanjangan adalah antara punca utama kawasan ini sering banjir.

'Ini bukan kali pertama kawasan ini menghadapi masalah banjir tambahan pula sekarang ini musim hujan," kata Lim dengan nada yang sayu.

Selain Segambut terdapat beberapa kawasan yang turut menghadapi masalah banjir hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Berikut antara komen dan gambar dihantar pengguna laman sosial Twitter dan Facebook kepada Astro Awani mengenai perkembangan banjir di kawasan mereka.

banjir


Antara kawasan yang dilaporkan paling terjejas teruk akibat hujan petir di Lembah Klang petang tadi ialah di kawasan Universiti Malaya yang disifatkan sebagai insiden paling buruk pernah berlaku di kawasan itu.


banjir 3

Sekiranya terperangkap dalam banjir, orang awam dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa pada kadar segera untuk mendapatkan bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.

Sementara itu, anda juga boleh melaporkan keadaan banjir di tempat anda dengan tag nama @501awani menerusi laman twitter.