Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan aktiviti berbasikal di negara ini dapat dilakukan dengan selamat termasuk tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sehubungan itu, pihaknya bercadang mengadakan sesi libat urus dengan komuniti berbasikal serta pihak berkuasa untuk mendapatkan pandangan.
"Ini adalah perkara yang perlu dilihat dan ditangani dengan cara yang bijaksana. Sementara kita memahami minat berbasikal mereka, kita juga kena pastikan mereka berada dalam keadaan selamat, tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kita perlu mencapai keseimbangan antara mereka.
"Dengan cara ini (libat urus), kita boleh mencari jalan yang lebih tuntas agar kita tidak mengekang aktiviti sukan berbasikal untuk terus dilakukan secara giat dan aktif, dan pada waktu yang sama, tidak membawa sebarang bentuk bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya selepas melancarkan Program ISN Inspire di Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.
BACA: JPJ pandang serius isu berbasikal atas jalan raya
Sebelum ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dilaporkan sedang mengkaji keperluan setiap basikal di negara ini didaftarkan, dilesenkan dan diletakkan nombor plat seperti kenderaan bermotor bagi menjamin keselamatan penunggang.
Dalam perkembangan sama, Reezal Merican berkata KBS juga sedia membincangkan cadangan pelumba berbasikal trek negara Azizulhasni Awang berhubung pembinaan trek berasingan sebagai antara langkah menjaga keselamatan penunggang basikal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 18 2020
KBS mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan aktiviti berbasikal di negara ini selamat. - Gambar fail/Astro AWANI
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berbasikal tanpa derita: Tips elak sakit belakang dan kecederaan
Teknik berbasikal yang salah bukan hanya mengurangkan keefektifan latihan tetapi juga boleh menyebabkan sakit belakang dan kecederaan yang lain.
Aktiviti berbasikal: Waspada laluan jalan curam di laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands sememangnya sesak dengan kenderaan selain curam.
Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.
Aktiviti berbasikal jadi trend baharu, 56 maut dalam kemalangan - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata selain daripada 56 kematian, 18 lagi cedera dan 63 cedera ringan.
KBS alu-alukan cadangan pastikan kegiatan berbasikal selamat
KBS mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan aktiviti berbasikal di negara ini dapat dilakukan dengan selamat.
JPJ pandang serius isu berbasikal atas jalan raya
JPJ pandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain.
Pegawai bomba berbasikal secara solo sejauh 2,020 km kumpul dana
seorang pegawai bomba memanfaatkan kudratnya mengayuh sejauh 2,020 kilometer secara solo bagi mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba.
Kuala Lumpur boleh contohi infrastruktur laluan basikal di Putrajaya
Masyarakat turut memainkan peranan untuk menghubungi hotline maklum balas DBKL jika ada sebarang masalah.
Kelantan tidak keluar larangan rakyat berbasikal waktu malam - MB
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, bagaimanapun meminta supaya ibu bapa tidak membiarkan anak-anak mereka berkeliaran.
Galak orang naik basikal, tapi tiada tempat parkir
Kempen galakan berbasikal hanya usaha separuh jalan jika tidak disertai pembangunan kemudahan berkaitan dengannya.