PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan 'Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi', sebuah program di bawah Rakan Muda pada Sabtu ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai prinsip demokrasi dan nilai kenegaraan.
Diadakan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, program secara percuma itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam di Menara KBS, Putrajaya di sini dengan sasaran antara 1,000 hingga 2,000 pengunjung, khususnya pelajar universiti dan sekolah.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata program itu merupakan projek rintis yang mengetengahkan elemen Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik dan Rakan Niaga sebelum program sama diperluaskan ke luar bandar.
"Kita berhasrat untuk kembangkan (program) ke negeri lain...dan secara berkala, kita akan bawa tema yang berbeza, contohnya tema sekarang ialah demokrasi. Kita akan melaksanakan program berkaitan sukan, kesihatan mental, keusahawanan dan sebagainya," katanya pada sidang media mengenai acara berkenaan di sini hari ini.
Kesemua elemen yang diketengahkan itu merupakan antara 10 inisiatif Rakan Muda yang diperkenalkan pada Jun lepas selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini.
Menurut Adam Adli, pesta tersebut juga sebahagian daripada mekanisme sosialisasi KBS dalam membudayakan golongan belia dan melibatkan mereka dalam program berpaksikan penghayatan nilai murni.
Program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kekayaan budaya, sejarah, seni dan identiti negara, pada masa sama mendorong minat belia untuk mendalami bidang kesusasteraan serta seni.
Antara pengisian pesta itu sesi kelas demokrasi, forum berkaitan perjuangan wanita dan kemerdekaan, jualan keusahawanan belia dan pameran seni visual, selain beberapa personaliti tanah air juga dijadual membuat penampilan di pesta tersebut.
Maklumat lanjut mengenai Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi boleh didapati di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata program itu merupakan projek rintis yang mengetengahkan elemen Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik dan Rakan Niaga sebelum program sama diperluaskan ke luar bandar. - BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.