awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

KBS latih tenaga pengajar ILKBS kuasai teknologi AI

Bernama
Bernama
18/06/2025
08:59 MYT
KBS latih tenaga pengajar ILKBS kuasai teknologi AI
Hannah Yeoh (kanan) ketika membuat lawatan pada Program Latihan Microsoft AI for My Future yang melibatkan pengajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan sukan (ILKBS) di Kementerian Belia dan Sukan hari ini. - Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melangkah setapak ke hadapan dalam memperkasa Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila melatih tenaga pengajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) untuk menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menterinya Hannah Yeoh berkata latihan dua hari yang bermula semalam itu dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta membabitkan Microsoft, Biji-Biji Initiative serta Mereka Academy, tanpa melibatkan sebarang kos.
"Tenaga pengajar ILKBS ini akan membimbing pelajar TVET untuk mendalami pengetahuan dalam bidang baharu. Projek ini juga menunjukkan penggunaan AI mampu menjimatkan lebih 88.9 peratus masa dalam penyediaan bahan pengajaran seperti pelan pembelajaran dan kuiz," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Microsoft AI For My Future di sini hari ini.
Beliau berkata maklum balas peserta turut menunjukkan bahawa penyediaan bahan pengajaran yang sebelum ini mengambil masa sehingga dua minggu, kini dapat disiapkan hanya dalam beberapa minit.
Hannah turut memaklumkan bahawa seramai 147 tenaga pengajar ILKBS mengikuti latihan berkenaan secara fizikal dan dalam talian, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah menyertai tiga siri latihan terdahulu kepada 287 orang.
"Usaha ini dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 30,000 pelajar ILKBS di seluruh negara," katanya.
Mengulas lanjut, Hannah berkata KBS merancang untuk memperluaskan inisiatif tersebut ke sektor sukan, termasuk memberi peluang kepada bekas atlet negara untuk mempelajari kemahiran baharu melalui kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
"Kita ada ramai bekas atlet yang sudah bersara dan tidak lagi aktif. Jika mereka didedahkan kepada kemahiran seperti AI, mungkin mereka mampu menyumbang semula berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#teknologi
#AI
#Hannah Yeoh
#latihan
#ILKBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami