awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM

Bernama
Bernama
13/10/2024
23:00 MYT
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25 Ogos lepas akibat mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan kembali petang semalam. - Gambar Facebook TLDM
KUALA LUMPUR: Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25 Ogos lepas akibat mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan kembali petang semalam.
TLDM dalam kenyataan memaklumkan, kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
"Lokasi kapal berkenaan karam kini disahkan selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritim khususnya yang sering menggunakan perairan itu.
"Masa hadapan kapal berusia lebih 45 tahun itu akan diputuskan bersekali dengan rancangan 'Phasing In-Phasing Out' kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5," menurut kenyataan itu.
TLDM turut memaklumkan, kapal itu sedang menjalani pembaikan awalan sebelum diserahkan kembali kepada TLDM, manakala punca dan faktor menyebabkan insiden berkenaan sedang disiasat lembaga siasatan.
Pada 25 Ogos, KD Pendekar dilaporkan mengalami kebocoran dan kebanjiran besar akibat terlanggar objek bawah air di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor sebelum tenggelam sepenuhnya pada petang hari yang sama.
Tiga hari selepas itu, seorang anggota penyelam TLDM Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan operasi salvaj kapal berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KD Pendekar
#kapal diraja
#TLDM
#Tanjung Penyusop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan