KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan kertas kerja kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat, mengenai usaha kerajaan untuk membawa keluar kanak-kanak dari depot tahanan imigresen.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kini KDN dalam peringkat akhir mengumpul data-data mengenai jumlah, umur dan keberadaan kanak-kanak di depot tahanan seluruh negara.
Beliau berkata dalam melengkapkan kertas kerja berkenaan, KDN telah melakukan beberapa libat urus dengan pihak berkepentingan dan pakar antaranya Pengasas MERCY Malaysia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar.
"Buat masa ini terdapat seramai 1,030 kanak-kanak di 20 depot tahanan imigresen melibatkan 579 kanak-kanak lelaki dan 451 kanak-kanak perempuan.
"Daripada jumlah berkenaan, 351 mendiami depot tahanan bersama penjaga manakala 679 lagi tanpa penjaga," katanya dalam sidang media di program singgah sahur di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, di sini awal pagi ini.
Saifuddin berkata KDN sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan kanak-kanak yang berada di depot tahanan imigresen dengan memastikan mereka mendapat akses kesihatan dan menerima rawatan sewajarnya sekiranya sakit, selain memberi akses pendidikan.
"Setakat ini, terdapat lima depot tahanan imigresen yang menyediakan kelas bagi kanak-kanak ini antaranya di sini (Depot Tahanan Imigresen Semenyih), Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas di Johor dan Depot Tahanan Imigresen Belantik di Kedah," katanya.
Beliau berkata kelas berkenaan dikendalikan oleh kakitangan depot tahanan imigresen berkenaan secara sukarela.
Sementara itu, Saifuddin berkata sejak Januari sehingga 12 April lepas seramai 14,139 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing melibatkan seramai 10,625 lelaki dewasa, 2,907 perempuan dewasa, 364 kanak-kanak lelaki dan 243 kanak-kanak perempuan.
"Pengusiran tertinggi merupakan 5,571 warga Indonesia, Myammar (3,285) dan Filipina (2,203)," katanya.
SAIFUDDIN-KERTAS KERJA 3 (AKHIR) KAJANG
Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh seseorang ditahan di depot tahanan imigresen sebelum dihantar pulang adalah bergantung kepada seberapa segera dokumentasi dapat disiapkan oleh negara asal.
"Setakat ini, Indonesia merupakan negara yang paling cepat menyediakan dokumentasi untuk warganya yang ditahan di sini, oleh itu kita dapat lihat warganya paling ramai dihantar pulang," katanya.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Saifuddin Nasution hadir pada program singgah sahur di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, di Kajang, awal pagi ini. - Foto Twitter Saifuddin Nasution
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
KDN akan bentang kertas kerja bawa keluar kanak-kanak dari depot tahanan
Kini KDN dalam peringkat akhir mengumpul data-data mengenai jumlah, umur dan keberadaan kanak-kanak di depot tahanan seluruh negara.
Tahanan Rohingya lari dari Depot Sungai Bakap dikesan di Selayang - Imigresen
Mereka yang masih bebas dipercayai mahir selok-belok kawasan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Tahanan lolos: Baki 80 warga Rohingya masih dikesan - Polis
Setakat malam tadi, 65 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemukan.
Hampir 500 PATI warga Filipina diusir
Semua PATI warganegara Filipina tersebut telah ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar sejak tahun 2020.
Jabatan Imigresen Sabah usir 254 PATI ke Indonesia
Program penghantaran pulang PATI itu merupakan siri ketiga bagi tahun 2021 dengan kerjasama Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.
COVID-19: Kes kembali bawah 2,000, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM 25 Feb
Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes).
Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan
Tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
Program penghantaran pulang tamat, Imigresen laksana operasi besar-besaran
Jabatannya telah berkali-kali menegaskan program itu tidak akan disambung selepas 30 Ogos 2018 dan mereka yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang.