PELABUHAN KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menambah tiga lagi helikopter untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beberapa helikopter yang ada sekarang hanya mampu terbang selama empat jam pada satu masa dan menurutnya, ia bukanlah jumlah mencukupi untuk memantau perairan sebaiknya.
Selain helikopter, Hamzah memaklumkan APMM juga akan menerima tiga buah kapal baharu, menggantikan tiga kapal lama yang usianya sudah melebihi 30 tahun.
"Kebanyakan daripada kapal-kapal yang ada, umurnya sudah 30 tahun ke atas, ada juga yang lebih 40 tahun. Dalam perkiraan kita, ia memang memerlukan kapal baharu.
"Kita sebenarnya telah beri kontrak kepada sebuah syarikat (untuk mendapatkan kapal baharu) dan sepatutnya kita peroleh dalam dua tahun lepas tetapi terlewat kerana tidak kemampuan syarikat yang telah diberikan kontrak tersebut.
"Kalau tak kita ada tiga lagi buah kapal baharu tapi kerana kelewatan mereka, ia tergendala. Kita akan tekan untuk tentukan kapal ini siap dalam masa terdekat," katanya.
Tambahnya, tiga kapal yang perlu ditukar kerana sudah lama ialah KM AMANAH yang berusia lebih 40 tahun dan KM Langkawi serta KM Siangin, masing-masing berusia lebih 30 tahun.
Semua kapal tersebut kini ditempatkan di perairan Kelantan, Pahang dan Kedah/Perlis.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meraikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-17 APMM di Pelabuhan Klang pada Selasa.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Ridauddin Daud
Tue Feb 15 2022

Selain helikopter, Hamzah memaklumkan APMM juga akan menerima tiga buah kapal baharu, menggantikan tiga kapal lama yang usianya sudah melebihi 30 tahun. - Foto Astro AWANI

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Tonto laut menyamar nelayan demi upah RM400 seludup PATI
Tonto laut akan keluar ke laut lebih awal mengikut masa yang telah ditetapkan oleh sindiket dan akan berada berhampiran lokasi pendaratan PATI.

Sindiket Ibu Yuli, Samsul aktif seludup PATI
Sindiket itu dikesan bergiat di Selangor dan negara jiran sejak November tahun lalu.

Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing
Lelaki berkenaan ditahan di perahu layarnya yang sedang bersauh di kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing.

APMM tahan dua bot fiber tangkap siput secara haram
APMM menahan bot tersebut ketika rondaan rutin Op Aman dan Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan negeri Perlis bagi mencegah sebarang penyeludupan dan jenayah maritim.

Genap setahun suami hilang di laut
Harapan dan penantiannya terhadap kepulangan suaminya, yang hilang sejak Mei tahun lalu, tidak pernah luntur.

Maritim Perak tahan bot nelayan kelas B, langgar syarat sah lesen
Tangkapan dilakukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di perairan negeri Perak.

Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 0.3 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi tadi.

Bot karam Semporna: Polis buka kertas siasatan, sebabkan kematian dengan cuai
Polis akan menyiasat kejadian bot karam berdekatan perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata di sini malam tadi mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.

Tekong, kru bot penumpang diberkas
Bot yang dikendalikan oleh seorang warga tempatan bersama dua kru warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang.