awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen

Bernama
Bernama
25/11/2024
07:45 MYT
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua,kiri) hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan November 2024 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Peningkatan Gred 54 kepada Gred Jusa B merupakan antara pertimbangan Jabatan Imigresen (JIM) dalam memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen (KP), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata ia akan diikuti dengan gred yang lain seperti Jusa C dan bilangan perjawatan bagi skim KP itu akan turut diperluas kepada jawatan strategik lain, seperti jawatan pengarah negeri, pengarah bahagian dan Atase Imigresen.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) prihatin akan perkembangan pembangunan kerjaya untuk KP. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan pihak kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan berkaitan ruang kerjaya lebih baik buat skim ini dan kini dalam peringkat akhir.
"Buat masa ini jawatan tertinggi skim KP adalah di gred 54," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.
Beliau berkata KDN juga sedang berusaha memohon perjawatan baharu yang terdiri daripada pelbagai gred dan skim bagi memenuhi keperluan di kaunter perkhidmatan, pintu masuk serta meningkatkan gred penyeliaan daripada KP22 kepada KP26 dan KP28 selaras dengan teguran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyeliaan.
Selain itu, turut dicadangkan ialah mewujudkan Skim Bersepadu Imigresen dengan menggabungkan Skim Perkhidmatan Imigresen dan Skim Bersepadu Penolong Penguasa Imigresen atau Penguasa Imigresen, katanya.
Pada 18 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mencadangkan beberapa konteks penambahbaikan bidang tugas JIM terutamanya di pintu masuk negara.
Azam berkata sindiket counter setting berlaku berpunca daripada kelemahan dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati ejen dan sindiket serta putaran tempat kerja yang tidak sistematik.
Kata Azam, faktor lain termasuk kurang pemantauan dan penyeliaan serta kelompangan dalam kaedah kerja, sistem pemeriksaan terhadap kemasukan warga asing yang mudah untuk dimanipulasi dan susah untuk membuat semakan semula.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam wawancara khas bersama Bernama baru-baru ini berkata usaha kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam sedang dilaksanakan dan kini ditumpukan kepada perkhidmatan JIM sebelum diperluas dalam perkhidmatan awam yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Saifuddin Nasution
#Jabatan Imigresen Malaysia
#perjawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan