Skip to main content

Sukan

Sepak takraw: Baki tujuh pemain Thailand bebas hukuman, hanya terima amaran keras - ISTAF

Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) hari ini mengumumkan tidak akan mengenakan prosiding disiplin terhadap baki tujuh pemain skuad Thailand berhubung insiden pada perlawanan final Piala Dunia 2026 sebelum ini.  -- stadiumastro
ISTAF percaya adalah adil dan wajar jika mereka yang tidak terlibat secara langsung tidak dihukum secara tidak adil. - Stadium Astro
Advertisement

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) hari ini mengumumkan tidak akan mengenakan prosiding disiplin terhadap baki tujuh pemain skuad Thailand berhubung insiden pada perlawanan final Piala Dunia 2026 sebelum ini. 

Sebaliknya, tujuh pemain itu daripada regu pertama dan kedua yang terdiri daripada kapten pasukan, Marukin Phanmakon, Jirasak Pakbuangoen, Porhthep Tinbangon, Kritsada Sunvung, Wuttinun Kamsanor, Tanaphon Sapyen dan Kritsanapong Nontakote hanya diberikan amaran sahaja. 

"ISTAF menyedari bahawa atlet daripada regu pertama dan kedua telah pun menyelesaikan perlawanan masing-masing dan penglibatan mereka dalam peristiwa yang membawa kepada pembatalan/penamatan awal perlawanan akhir adalah terhad. 

"Persekutuan percaya adalah adil dan wajar jika mereka yang tidak terlibat secara langsung tidak dihukum secara tidak adil. Keputusan ini mencerminkan komitmen ISTAF terhadap keadilan, perkadaran (proproporsionaliti), dan perlindungan kerjaya para atlet," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Untuk rekod, ISTAF semalam mengambil keputusan untuk menggantung penglibatan lima pemain, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan Thailand sementara daripada menyertai semua aktiviti sepak takraw sehingga prosiding disiplin berhubung aksi final Piala Dunia 2026 baru-baru ini selesai. 

Perkara itu susulan insiden kontroversi yang berlaku semasa perlawanan akhir final acara regu berpasukan, Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu. - Stadium Astro
 

Must Watch Video

Advertisement