awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN haramkan dua buku dikhuatiri mudaratkan moral

Bernama
Bernama
29/07/2025
06:40 MYT
KDN haramkan dua buku dikhuatiri mudaratkan moral
Dua buku yang diwartakan melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 14) 2025 berkuat kuasa pada 3 Julai 2025. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan Perintah Larangan terhadap dua penerbitan kerana mungkin memudaratkan kemoralan, berkuat kuasa pada 1 dan 3 Julai 2025 melalui Warta Kerajaan.

Ringkasan AI
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan Perintah Larangan terhadap dua buku "Chase Me" oleh Tessa Bailey dan "Ammar Zahrain: The Obsessive Husband" oleh Nssignature kerana dikhuatiri memudaratkan kemoralan.
  • Larangan ini berkuat kuasa mulai 1 dan 3 Julai 2025 di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], melarang sebarang bentuk pengedaran, pemilikan atau penerbitan bahan tersebut di Malaysia.
  • KDN menegaskan bahawa larangan ini bertujuan melindungi masyarakat dan mencegah penyebaran bahan tidak sesuai, serta menyeru semua pihak mematuhi perintah tersebut sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, KDN memaklumkan bahawa larangan itu dibuat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], bertujuan mengawal dan mencegah penyebaran bahan tidak sesuai sebelum mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
Dua buku yang dikenakan larangan ialah Chase Me oleh Tessa Bailey, yang diwartakan melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 13) 2025, serta Ammar Zahrain: The Obsessive Husband oleh Nssignature, yang diwartakan melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 14) 2025 berkuat kuasa pada 3 Julai 2025.
"Perintah Larangan ini merupakan satu mekanisme kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.
"Dalam masa yang sama, masyarakat dilindungi dan turut memperoleh pendedahan serta kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum," menurut kenyataan itu.
KDN menjelaskan sebagaimana peruntukan di bawah subseksyen 7(1) Akta 301, pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan kesemua hasil penerbitan yang disenaraikan, dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Diingatkan bahawa Perintah Larangan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak kerana kesalahan-kesalahan berkaitan dengan hasil penerbitan larangan boleh dikenakan tindakan undang-undang," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut berkaitan dengan hasil penerbitan yang telah dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301 boleh diakses menerusi laman web rasmi KDN www.moha.gov.my atau portal Perundangan Persekutuan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#Chase Me
#Ammar Zahrain The Obsessive Husband
#memudaratkan kemoralan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan