KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pindaan terhadap Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan beberapa tindakan utama lain dalam usaha memastikan aspek keselamatan negara terus dipertingkat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan pindaan itu berikutan Akta 298 belum pernah dipinda sejak diwujudkan pada 1959 dan dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.
"Akta ini tidak pernah ditambah baik dan melangkah ke hadapan kita fokuskan dalam beberapa perkara seperti aspek nilai punitif dan peluasan kuasa membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa. Tidak boleh lagi hanya satu agensi sahaja diberikan kuasa, kena ada pelbagai agensi untuk menguatkuasakannya.
"Tumpuan dalam aspek hukuman, memandangkan kadar hukuman (bagi Akta 298) sudah tidak relevan. Kita juga akan memasukkan sasaran penting dalam akta ini. Semua masih dalam peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting Tahun 2023 di sini semalam.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali.
Saifuddin Nasution berkata kajian mengenai pindaan itu sudah dijalankan sejak tahun lepas dan bengkel bagi memperkasa akta tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau berkata KDN turut mengusahakan rang undang-undang baharu berkaitan keselamatan siber dan agensi tunggal keselamatan membabitkan penguat kuasa pelbagai agensi yang akan dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan.
Berhubung majlis hari ini, Saifuddin Nasution berkata sebanyak 28 agensi kerajaan dan syarikat yang digazetkan sebagai sasaran penting dinilai tahap pematuhan terhadap aspek tadbir urus, keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan peribadi dan keselamatan teknologi maklumat.
Beliau berkata sasaran penting negara membabitkan 13 sektor seperti kesihatan, pertahanan, keselamatan dan pengangkutan, dan majlis anugerah itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada tadbir urus sasaran penting terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting 2023 di Pusat Konvensyen Leo Moggie TNB Platinum, Bangsar, Kuala Lumpur, 16 Nov. --fotoBERNAMA
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
KDN kaji pinda Akta Kawasan Larangan, Tempat Larangan - Menteri
Cadangan itu berikutan Akta 298 belum pernah dipinda sejak diwujudkan pada 1959 dan dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.