KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Op Bantu bagi memberikan bantuan segera kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Op Bantu yang bermula pada 6 Julai 2021 akan digerakkan di seluruh negara di mana agihan hampir 50,000 bakul makanan sudah pun dilakukan.
Menurutnya, inisiatif terbaru itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat dalam penyediaan bakul makanan buat penerima.
“Di peringkat lapangan, Op Bantu akan diketuai 157 Ketua Polis Daerah di seluruh negara dan melibatkan Skuad Aman wanita (Amanita) di bawah PDRM dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di peringkat daerah masing-masing.
“Sehubungan itu, IPD di seluruh negara akan jadi pusat pengagihan dan penyimpanan bekalan makanan melalui Op Bantu.
“Anggota Rela di lapangan pula akan melakukan rondaan bagi dapatkan maklumat dan bagi tujuan menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Op Bantu di sini pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Tambah Hamzah, individu yang terputus bekalan makanan diminta memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan boleh juga hadir ke IPD berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Rina menyambut baik inisiatif digerakkan KDN dan memberi jaminan kementeriannya akan terus membantu terutamanya dari aspek bekalan bakul makanan.
“Sudah pasti program ini dapat membantu kami di kementerian dalam konsep tiada siapa ada yang tertinggal. Kita tidak mahu ada yang tertinggal.
“Bukan hanya di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) malah di IPD seluruh malaysia berpeluang sama-sama untuk sampaikan bantuan bakul makanan,” ujarnya.
Tambahnya, kerjasama membabitkan beberapa kementerian seperti itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memberikan bantuan kepada rakyat.
Ridauddin Daud
Tue Jul 06 2021

Hamzah (kanan) berkata kira-kira 50,000 bakul makanan akan diagihkan di seluruh negara dan IPD menjadi pusat penyimpanan bekalan makanan tersebut. - Gambar UKK KPWKM

Malaysia tangani penyakit paru-paru menerusi pendekatan inovatif termasuk AI - Dzulkefly
Negara juga sudah melancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 yang merangkumi elemen pencegahan, rawatan dan pemulihan.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

USM perkasa industri madu kelulut menerusi kajian klinikal dan kerjasama strategik
USM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri madu kelulut negara.

Memancing data, penipuan online mendominasi landskap jenayah siber global - Interpol
Penipuan dalam talian dan memancing data atau phishing kekal sebagai ancaman siber paling berleluasa di seluruh dunia, dengan penjenayah menggunakan taktik semakin canggih untuk memperdaya mangsa.

Gangguan seksual meningkat, takutkan polis antara punca mangsa tak lapor - Shuhaily
Ketakutan terhadap pihak polis antara faktor utama yang menghalang mangsa gangguan seksual daripada tampil membuat laporan.

Nahas FRU: Pasukan petugas khas diberi tempoh 30 hari kemuka laporan awal - Loke
Pasukan petugas khas bagi menyiasat kemalangan maut melibatkan anggota FRU di Teluk Intan, Perak diberi tempoh 30 hari bermula 15 Mei untuk mengemukakan laporan siasatan awal kepada MOT.

Sidang Kemuncak ASEAN: 789 anggota trafik pastikan kelancaran jalan raya - JSPT
Seramai 789 petugas trafik terdiri daripada pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis bersiap sedia bagi memastikan kelancaran jalan raya sepanjang sidang kemuncak ASEAN ke-46.

Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN - CAAM
Tiada zon larangan terbang bagi pesawat udara diisytiharkan di lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.

1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara
Sebanyak 1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan PDRM di sekitar ibu negara, malam tadi.

Jawatankuasa tertinggi bincang aspek keselamatan pergerakan pasukan PDRM - KPN
Satu jawatankuasa tertinggi akan dibentuk bagi membincangkan langkah penambahbaikan aspek keselamatan konvoi atau pergerakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nakbah 77: BDS seru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot
Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Mohd Nazari Ismail menyeru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot ke atas syarikat yang didakwa membantu rejim Israel.

Sidang Kemuncak ASEAN: Persiapan PDRM, Jabatan Imigresen di fasa akhir - Saifuddin Nasution
PDRM dan Jabatan Imigresen di fasa akhir persiapan aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

PDRM kenal pasti langkah tambah baik keselamatan pergerakan anggota guna trak
Polis Diraja Malaysia kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak.