awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN maklum keperluan Johor perlu petugas tambahan

Bernama
Bernama
03/03/2023
13:10 MYT
KDN maklum keperluan Johor perlu petugas tambahan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui pengamal media pada lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu hari ini. - Foto BERNAMA
KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimaklumkan mengenai keperluan kerajaan negeri Johor yang memerlukan kekuatan dan tenaga petugas tambahan memandangkan banjir yang melanda negeri itu secara relatifnya besar.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata buat masa ini, polis kontinjen Johor mempunyai keupayaan 4,000 lebih anggota yang bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.
"Itu 4,000 anggota yang tersedia dan sebentar tadi, saya ada berbincang dan memberi arahan terus kepada pimpinan polis negeri supaya bantuan itu dapat tiba dengan tepat pada masanya dengan misi utama untuk menyelamatkan nyawa.
"Kalau campur dengan agensi lain termasuk RELA, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi lain sebagainya (bawah) KDN, itu sebenarnya sudah lebih menghampiri 7,000 orang," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Kluang, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Saifuddin Nasution, berkata sekiranya ada keperluan lain, KDN sedia mengatur gerak pasukan polis dari negeri-negeri yang tidak terjejas.
"Ini turut termasuk menurunkan semua aset polis atau agensi lain bawah KDN seperti kenderaan pacuan empat roda, lori, bot pelampung dan tali penyelamat dan sebagainya bagi memudahkan operasi penyelamatan," katanya.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mesyuarat Kabinet hari ini, telah mengarahkan menteri yang tidak mempunyai jadual penting supaya segera turun bagi melihat sendiri keadaan banjir di Johor dan membuat laporan langsung kepada beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#banjir johor
#petugas tambahan
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan