awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki minta, terima rasuah RM150,000
MALAYSIA
APAD gantung lesen syarikat bas ekspres tular dipandu bahaya
BISNES
Perdagangan Malaysia-Taiwan naik 36.8 peratus kepada RM92.77 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

KDN pandang serius kesilapan penerbitan profil salah babitkan KPN - Saifuddin

Faida Rahim
Faida Rahim
23/06/2025
04:40 MYT
KDN pandang serius kesilapan penerbitan profil salah babitkan KPN - Saifuddin
Saifuddin Nasution berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu kesilapan penerbitan info grafik profil Ketua Polis Negara (KPN) baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam sebuah portal baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, kesilapan maklumat membabitkan Mohd Khalid tidak patut berlaku kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan profil yang sahih.
“Untuk sebuah media yang sudah lama bertapak, sudah tentu faham tentang disiplin pelaporan ini.
“Apa disiplin pertama? Mengesahkan ketepatan maklumat, terutama kalau ia terlalu obvious (jelas). Seorang pegawai kanan polis puluhan tahun pembabitan, tiba-tiba tersebar maklumat yang sangat obvious... mudah begitu saja dipercayai, kemudian disiarkan media.
“Takkanlah tidak ada satu part, menghubungi (pihak bertanggungjawab) mengesahkan (maklumat)... dan itu tidak dibuat ketika di luar sana.
"Satu keadaan yang kita faham perbedaan politik, sentimen kebencian dan sebagainya terus disemarakkan... dan untuk segmen masyarakat yang macam ini, bila dihidangkan berita begini, ia macam orang mengantuk disorong bantal,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KDN yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Awang Alik Jeman di sini, hari ini.
Sebelum itu, ketika berucap pada perhimpunan berkenaan Saifuddin mempersoalkan tindakan akhbar berkenaan yang tidak peka dengan kandungan info grafik sebelum diterbitkan.
“Bebas melapor bukan bebas menyebarkan maklumat yang macam itu. Orang tengok undang-undang kamu ada, kamu ada tak keberanian tentang ini? Di sisi lain keberanian ada, bertindak saja, panggil pun sudahlah,” katanya.
Tegas beliau, sepanjang penglibatan beliau dalam PKR sebagai Setiausaha Agung parti itu, beliau tidak pernah melihat Mohd Khalid di dalam mana-mana acara anjuran parti.
“Saya Setiausaha Agung 14 tahun, daripada bilangan ahli itu kosong, sehingga 1.1 juta. Dekat mana ahli pimpinan Datuk Khalid ni? Tak pernah datang mesyuarat ke apa? Memang saya tak pernah nampak dia.
“Tetapi satu surat khabar nasional, etika kewartawanannya apa dia? Terutama seorang penjawat jawatan yang begitu tinggi dalam pasukan polis, takkan senang-senang kamu siarkan? Tujuannya apa?
“Untuk memancing emosi sebab penerimaan sentimen politik di luar yang begitu tajam,” katanya.
Topic Berkaitan
#KDN
#KPN
#info grafik salah
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami