Kementerian Dalam Negeri akan meneliti akta-akta serta undang-undang yang sedia ada mengenai jenayah rumahtangga dan keganasan domestik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Anak Kujat berkata, ini adalah supaya hukuman yang lebih berat untuk kesalahan itu dapat dipertimbangkan.
"Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kes keganasan rumahtangga melalui kerjasama dengan NGO dan mengadakan program kesedaran.
"Oleh kerana masalah ini susah dibendung, sudah pasti kami akan meneliti akta rumahtangga dan undang-undang lain untuk memberi hukuman yang lebih berat," katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar, yang ingin tahu sekiranya kerajaan berpuas hati dengan jumlah kes keganasan domestik atau berhasrat untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih efektif untuk mengurangkannya.
Sementara itu, Masir berkata kes keganasan rumah tangga yang disiasat pada tahun 2014 adalah 4807 dan 1426 daripada kes itu telah dituduh di mahkamah.
"Sebanyak 358 kes daripada jumlah itu telah dijatuh hukum.
"Pada tahun 2015 pula, sebanyak 5,014 kes disiasat, 1,404 kes telah dituduh di mahkamah dan 146 kes telah dijatuh hukum.
"Pada Januari 2016 sahaja sebanyak 461 kes disiasat, 151 kes dituduh di mahkamah dan 13 kes telah dijatuh hukum," katanya.
Tambahnya antara usaha kerajaan untuk mengurangkan kes keganasan adalah memberi kaunseling di balai polis serta program pencegahan jenayah di sekolah.
T K Letchumy Tamboo
Thu Mar 10 2016
Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kes keganasan rumahtangga melalui kerjasama dengan NGO dan mengadakan program kesedaran. - Gambar hiasan
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu suar penyokong JDT: Serah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM
Jawatankuasa Tatatertib FAM akan menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan yang melanggar peraturan badan induk bola sepak negara itu.
Peminat desak JDT dikenakan hukuman lebih berat berhubung isu suar
Peminat menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL dan mencabar FAM.
Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis
Pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku.
Pertimbang hukuman lebih ketat bagi elakkan isu pencemaran air mentah
PBAPP berharap pihak berkuasa akan mengkaji semula hukuman yang lebih ketat bagi kesalahan pencemaran sumber air mentah untuk mengelakkan isu pencemaran itu berlaku.
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.
Cetak rompak: Apa kesudahannya?
Malaysia seharusnya bertindak lebih tegas dengan menyekat akses internet kepada domain-domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak.
Sabah, Sarawak digesa pinda undang-undang berkaitan hidupan liar
Pindaan undang-undang berkaitan hidupan liar di negeri berkenaan supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan kepada pesalah hidupan liar.
KDN pertimbang hukuman lebih berat bagi jenayah keganasan domestik
Kementerian Dalam Negeri akan meneliti akta-akta serta undang-undang yang sedia ada mengenai jenayah rumahtangga dan keganasan domestik.