PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 1,332 unit naskah al-Quran elektronik serta 'speaker plug' bernilai kira-kira RM55,000 yang tidak mempunyai kelulusan KDN dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kajang, bulan lepas.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata operasi dilakukan berdasarkan risikan dan pemantauan dijalankan ke atas premis berkenaan yang menyasarkan jualan al-Quran elektronik di sekitar Lembah Klang.
Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata jika terdapat keperluan untuk mengimport atau membawa masuk bahan tersebut untuk edaran atau jualan perlu mendapat kelulusan daripada KDN.
"Pengimport hanya perlu membayar RM1,200 bagi tujuan semakan sampel bahan berkenaan yang terpakai bagi setiap unit kelompok yang dipohon," katanya.
Nik Yusaimi berkata kelulusan Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), KDN adalah perlu untuk memastikan teks dan audio bebas kesalahan, tidak mempunyai kesilapan dan mengelirukan.
Beliau berkata semakan mendapati bahan yang dirampas itu diimport dari China dan diisytihar sebagai produk perhiasan, dan ia dijual secara dalam talian atau dihantar ke premis jualan pada harga antara RM300 dan RM500 bagi senaskah al-Quran, manakala 'speaker plug' pula dijual pada harga RM30 seunit.
Nik Yusaimi berkata dalam serbuan menerusi Ops Mulia tersebut, seorang wanita berusia awal 30-an ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 7 dan 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986.
"Masyarakat diminta berhati-hati dengan hanya menjual, membeli, memiliki dan membaca al-Quran diperakui LPPPQ yang mempunyai hologram KDN," katanya.
Menurutnya, terdapat 54 al-Quran elektronik yang telah diluluskan oleh KDN untuk dijual, dimiliki ataupun edaran dalam kalangan masyarakat di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
KDN merampas 1,332 unit naskah al-Quran elektronik serta 'speaker plug' bernilai kira-kira RM55,000 yang tidak mempunyai kelulusan KDN dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kajang, bulan lepas. - BERNAMA
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
KDN akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Cadangan bina zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sudah dibentang kepada KDN
Langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
KDN tambah baik proses permohonan taraf kewarganegaraan - Saifuddin
Proses temu duga yang lebih santai antara yang sedang dipertimbangkan oleh KDN dalam menambah baik permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian.