Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.
Beliau berkata KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.
"Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Terbuka Tahun Baru Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di sini pada Ahad.
Beliau berkata, banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut.
Bernama
Mon Feb 22 2016
NUR JAZLAN: Banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
KDN syor undang-undang digubal bagi daftar penulis blog
KDN cadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan KKKM sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.