IPOH: Proses temu duga yang lebih santai antara yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menambah baik permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneliti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memudahkan permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19 (1) Perlembagaan Persekutuan itu.
"Antaranya kaedah pelaksanaan temu duga tidak terlalu ketat, tidak terlalu skema dan kita hendak olah dalam suasana yang lebih santai, kondusif dan menghilangkan rasa gemuruh," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Menyemai Kasih Rakyat Bersama Menyantuni Penghuni Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 12,000 permohonan kewarganegaraan daripada 49,000 keseluruhan yang sedang diproses oleh JPN merupakan di bawah Perkara 19 (1) ketika ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan Program Ujian Pengetahuan Bahasa Melayu (UPBM) di Kompleks KDN di sini yang dihadiri seramai 56 pemohon taraf kewarganegaraan mengikut proses penaturalisasian itu yang berusia antara 70 hingga 100 tahun.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin membidas laporan yang mendakwa pelaksanaan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah adalah usaha untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya beliau berkata cadangan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di kesemua 43 penjara seluruh negara yang sedang menempatkan 80,000 penghuni.
"Saya hendak sanggah naratif nakal yang dimainkan segelintir media kononnya hendak meletakkan Najib di bawah tahanan di rumah.
"Punyalah nakal sampai tidak boleh tengok perspektif kurangkan kesesakan penjara khususnya untuk untuk kategori tertentu, ada panel menilainya bagi jenis kesalahan yang kami cadangkan hanya mereka dijatuhkan hukuman penjara kurang empat tahun," katanya.
Sabtu lepas, Saifuddin dilaporkan berkata kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan PBSL menerusi tahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.
Beliau dilaporkan berkata KDN kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.
Terdahulu, sebanyak lima permohonan gantian kad pengenalan telah diproses dan diserahkan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta pada hari ini.
Program MEKAR bersama penghuni Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta merupakan program berkala anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perak ke rumah kebajikan serta perlindungan bagi menangani isu keciciran dokumen pengenalan diri dan memudahkan urusan pendaftaran atau gantian dokumen MyKad.
Program MEKAR JPN merupakan satu program turun padang yang mana urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran disediakan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di pedalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya bersama JPN akan meneliti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memudahkan permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19 (1) Perlembagaan Persekutuan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.