KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia di tangga ke-13 berbanding 115 pada Ogos tahun lepas dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan negara kini berada di landasan yang tepat dalam menangani pandemik itu.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini juga menunjukkan negara menuju situasi lebih baik dan semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik serta langkah penjarakan sosial lebih longgar.
Beliau berkata usaha baik ini mesti berterusan dan semua pihak tidak boleh cepat berpuas hati.
Hishammuddin juga berkata keutamaan kerajaan ketika ini ialah menurunkan lagi jumlah kes harian, meningkatkan kadar vaksinasi khususnya dos penggalak dan membawa negara ke Fasa Endemik.
"Ia bukan mudah namun kita berkemampuan untuk melaksanakannya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Menteri-Menteri Kuartet COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu boleh dicapai dengan syarat semua pihak kekal berwaspada, terus mempunyai rasa tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), yakin dengan keberkesanan vaksin termasuk dos penggalak serta melakukan ujian pengesanan secara berkala selain mengamalkan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan) sebaik mungkin.
Hishammuddin turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak terutama petugas barisan hadapan serta rakyat yang disifatkan sebagai cekal, tabah, kuat semangat dan berdisiplin dalam melaksanakan usaha menangani penularan COVID-19 termasuk mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.
Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei setakat 31 Dis 2021, Malaysia di tangga ke-13 dengan 66.5 mata manakala Bahrain menduduki tempat teratas dengan 82 mata diikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).
Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks itu menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Hishammuddin berkata ini juga menunjukkan negara menuju situasi lebih baik dan semakin hampir kepada pemulihan. - Gambar fail

10 Berita Pilihan - (28 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kilang tilam terbakar di Seremban
Sebuah kilang tilam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Jelebu di sini petang tadi.

Banduan terakhir lari dari Penjara Jelebu diberkas
Seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu bulan lepas berjaya ditahan di sebuah bengkel kenderaan di Assam Jawa, Kuala Selangor, Khamis lalu.

AWANI Ringkas: Wanita maut ketika selam skuba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jenazah Datin Seri Feona selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Remaja Thailand hilang dihanyut arus ditemui lemas
Mayat Kunabella Tuantue-ngoh, 15, ditemui sekitar jam 6.15 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, semalam.

HAWANA 2022: Kerajaan Melaka rai pengamal media
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 bagi mengiktiraf sumbangan petugas media dalam membantu membangun dan mengukuhkan perpaduan negara, mula membuka tirai hari ini.

Kolam renang di UK berdepan risiko ditutup susulan kenaikan kos
Beratus-ratus kolam renang di United Kingdom (UK) berdepan risiko ditutup ekoran kesan pandemik COVID-19 dan kenaikan mendadak harga tenaga.

32.5 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Mei 2022.

Filipina: Pengembara ambil dos penggalak tidak perlu jalani saringan COVID-19
Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei.

PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.

Kes jenayah Sabah meningkat 50 peratus sejak sekatan pergerakan dilonggarkan - Polis
Jumlah kes jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus sejak sekatan pergerakan dilonggarkan awal April tahun ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

OPR naik: Tidak beri kesan negatif kepada pelanggan individu, koperasi CBP
Kenaikan OPR dijangka tidak akan memberi kesan negatif ke atas pelanggan individu dan koperasi di bawah Coop Bank Pertama (CBP).

30.1 peratus kanak-kanak Labuan lengkap divaksin
Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah kehadiran kanak-kanak di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditemani ibu bapa masing-masing.