awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ke mana hilang rasa hormat terhadap perwira negara?' - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2020
11:16 MYT
'Ke mana hilang rasa hormat terhadap perwira negara?' - Hishammuddin
Hishammuddin turut menjelaskan, melihat sendiri gambar-gambar perwira negara yang gugur di Lahad Datu dalam keadaan yang amat menyayat hati. -Gambar fail
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan tindakan Mohamaddin Ketapi yang mendakwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada 2013 sebagai suatu 'sandiwara'.
Tegas beliau, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu seharusnya lebih matang dan sensitif terutama terhadap isu yang melibatkan keselamatan negara.
"Jadi, saya nak tanya Mohamaddin Ketapi, kemana hilangnya rasa tanggungjawab dan rasa hormat terhadap perwira kita yang sanggup pertaruh nyawa semasa pencerobohan tersebut?
"Sepatutnya Mohamaddin lebih matang dan sensitif. Bukannya tergamak persenda pasukan keselamatan negara. Langsung tidak fikir perasan anak isteri dan ahli keluarga perwira kita yang gugur serta cedera dalam insiden pencerobohan tersebut.
"Kalau terdesak sekalipun untuk menang #PRNSabah, janganlah sampai memutarbelitkan isu keselamatan sebagai modal ceramah kempen. Ia amat memalukan dan tidak boleh diterima sama sekali. Pemimpin pembangkang, ada tak yang nak bidas Mohammadin Ketapi?," soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
BACA: Mohamaddin Ketapi jawab isu dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara', mohon maaf
BACA: Anifah kecewa Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara'
Terdahulu, semasa berucap semasa kempen untuk calon Parti Warisan Sabah (Warisan) baru-baru ini, Mohamaddin berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.
Dalam pada itu kata Hishammuddin, paling penting baginya ialah kepentingan Sabah sendiri.
"Hari tu, bila saya pertahan kedaulatan Sabah, ada pemimpin pembangkang kata tindakan saya jijik. Saya tak kecil hati kerana yang penting ialah kepentingan Sabah.
"Tetapi semalam ada pemimpin pembangkang yang tanpa rasa malu, bersalah dan simpati memfitnah kononnya peristiwa pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara, kali ini memang saya sedih, marah dan terkilan.
"Saya pernah di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya faham susah payah dan jerit perih para perwira kita demi pertahankan tanah air. Bersengkang mata, berjauhan dengan keluarga, bersiap siaga siang malam. Cabaran yang mereka hadapi sebahagiannya tidak pernah terbayang di fikiran kita sebagai rakyat biasa," ujarnya.
Hishammuddin turut menjelaskan, melihat sendiri gambar-gambar perwira negara yang gugur di Lahad Datu dalam keadaan yang amat menyayat hati.
"Saya sendiri bertemu perwira-perwira kita yang tercedera," katanya.
Terkini, Mohamaddin menegaskan tidak berniat merendah-rendahkan pasukan keselamatan ketika mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu 'sandiwara'.
Katanya, kenyataannya diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#air
#cedera
#KDN
#ketapi
#Lahad Datu
#mohamaddin
#pembangkang
#pengganas
#PKR
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan