awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan ESSZone lebih baik, kerajaan kukuh keselamatan

Bernama
Bernama
01/10/2022
21:00 MYT
Keadaan ESSZone lebih baik, kerajaan kukuh keselamatan
ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi keluasan 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.
SEMPORNA: Situasi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada ketika ini dilihat semakin baik dengan pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan bagi terus memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata keadaan itu memberi keyakinan kepada masyarakat termasuk sektor pelancongan serta industri kreatif.
"Saya melihat semula kawasan ESSZone setelah saya tinggalkan sebagai Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dulu tahun 2013 hingga 2014, di mana saya melihat terdapat banyak kemajuan, kerajaan membina banyak pos-pos keselamatan di kawasan adanya pusat peranginan serta kawasan berpenduduk.
"Hari ini kita juga melawat Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah berhampiran Pulau Timbun Mata di sini, berbentuk seperti pelantar minyak tetapi sebenarnya sebuah kemudahan pangkalan operasi hadapan yang digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia bagi mengawal keselamatan perairan negara, kita sentiasa berdoa agar ESSZone ini sentiasa selamat," katanya kepada pemberita selepas meninjau pos keselamatan di Pulau Pom Pom di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Mohammad berharap pihak berkaitan dapat membantu mempermudah prosedur permohonan syarikat produksi luar negara yang berminat untuk menjalankan penggambaran khususnya di ESSZone.
"Setiap permohonan diterima itu perlu diproses dengan segera, dengan itu kita nampak lebih efisien, kita memudah cara, jangan hampakan orang.
"Kita bagi kemudahan, apabila orang berpuas hati, lebih ramai lagi berminat datang ke sini, bukan sahaja sebagai pelancong tapi pemain industri kreatif yang ingin berkarya membuat penggambaran di kawasan ESSZone," katanya lagi.
ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi keluasan 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau dengan daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#kawalan keselamatan
#Mohammed Mentek
#ESSZONE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan