awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan jerebu terkawal, orang ramai dinasihat jaga kesihatan - MB Aminuddin

Bernama
Bernama
02/10/2023
06:45 MYT
Keadaan jerebu terkawal, orang ramai dinasihat jaga kesihatan - MB Aminuddin
Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca jerebu. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersiap siaga berdepan sebarang peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) disebabkan oleh jerebu rentas sempadan dari Indonesia.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ketika ini pihaknya sedang memantau keadaan cuaca sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan.
"Kita lihat dalam tiga empat hari ini, keadaan adalah berjerebu tetapi masih terkawal. Orang ramai dinasihatkan jaga kesihatan terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan, banyakkan minum air, kurangkan berada di kawasan terbuka termasuklah mengelakkan daripada menjalankan aktiviti luar dalam tempoh yang panjang," katanya.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata orang ramai digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca jerebu.
"Kita berharap jerebu ini tidak berpanjangan terutamanya kawasan Nilai dan Port Dickson yang mencatat Indeks Pencemar Udara (IPU) agak tinggi," katanya.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 12 tengah hari ini, kawasan Nilai mencatatkan bacaan IPU 136 dan Port Dickson 128, iaitu menunjukkan tahap pencemaran udara tidak sihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu rentas sempadan
#Kerajaan Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan