KUALA TERENGGANU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal namun stabil.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.
"Keadaannya (Salahuddin) stabil tapi agak kritikal, kita doakan insya-Allah beliau sihat, pembedahan semalam alhamdulillah berjaya dan kita sedang pantau keadaan beliau di unit rawatan rapi (ICU)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program MADANI Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini hari ini.
Semalam Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Dr Zaliha pada sidang media selepas pelancaran Program Madani Afiat dan 'One Hour Malaysia Clean Up' Peringkat Terengganu di PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini. -- fotoBERNAMA
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Bayi lelaki kritikal, JKM bertindak sita taska
JKM Melaka mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Pertam Jaya yang dipercayai terbabit dalam kejadian bayi lelaki mengalami pendarahan otak.
Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali
Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
"Saya bersyukur mempunyai sahabat seperti Salahuddin" - Hannah Yeoh
"Melalui Salahuddin, saya merasai kebaikan dan ketentuan Tuhan. Salahuddin memahami cinta dan keyakinan saya kepada Yang Maha Esa."
Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.
Luluh hati Young Syefura terima berita pemergian Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub dianggap Young Syefura seperti ayah kandung sendiri yang tidak pernah jemu berkongsi nasihat dan tunjuk ajar.
Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai
Jenazah Allahyarham tiba di rumah ibunya Aminah Abdullah, pukul 3.35 pagi.
Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah bermula di Johor - Aminolhuda
Pengerusi Amanah Johor kongsi pengalaman suka dan duka bersama Allahyarham Salahuddin Ayub.
Allahyarham Salahuddin seorang budiman, dihormati kawan dan lawan - Sanusi
Menteri Besar Kedah kenang pengalaman bersahabat dengan Allahyarham Salahuddin sejak tahun 1997.
Jenazah Salahuddin tiba di kampung halaman
Allahyarham Salahuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai, Pontian, pagi ini.
Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada 12 tengah hari Isnin.