awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB pantau rapi Stesen Segamat, operasi tren berjalan seperti biasa

Bernama
Bernama
30/08/2025
13:30 MYT
KTMB pantau rapi Stesen Segamat, operasi tren berjalan seperti biasa
Salim berkata pihaknya mempunyai pegawai khusus berkaitan bencana yang berperanan memantau keadaan serta menilai risiko di setiap lokasi operasi. - Gambar Bernama
KLUANG: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana, termasuk insiden gempa bumi dan gegaran susulan yang melanda Segamat baru-baru ini.
Pengurus Kanan Wilayah Selatan KTMB Salim Misdi berkata pihaknya mempunyai pegawai khusus berkaitan bencana yang berperanan memantau keadaan serta menilai risiko di setiap lokasi operasi.
"Di sekitar Segamat, KTMB mempunyai sebuah stesen dan sebuah 'feeder station' yang dipantau secara rapi. Sekiranya berlaku insiden di luar jangka, kita akan memaklumkan lebih awal kepada penumpang mengenai sebarang penutupan stesen, pembatalan atau penangguhan perjalanan," katanya kepada Bernama di Stesen Keretapi Kluang hari ini.
Beliau berkata pegawai terlatih itu mampu mengambil tindakan segera yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi syarikat tidak terjejas.
Salim menambah, setakat ini operasi KTMB tidak terjejas dan stesen di Segamat masih berada dalam keadaan selamat namun pihaknya akan terus merujuk agensi berkuasa berkaitan perkembangan gempa bumi berkenaan.
Terdahulu, perkhidmatan Tren Elektrik Selatan (ETS3) KTMB, dengan tren pertama bertolak dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) pada 7.45 pagi tiba di Kluang pada 11.15 pagi membawa 280 penumpang, sebelum dijadual kembali semula ke KL Sentral pada 5 petang dengan tempoh perjalanan sekitar tiga jam 30 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#KTMB
#bencana
#risiko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan